Oct 1, 2010

Metro Chart Show daripada Metrovision

Siapa ingat lagi dulu dulu tu…kitorang kat KL ini ada satu stesen tv yang bergelar Metrovision? Peh…memang cult station lah tu. Gua ingat lagi….antenna rumah gua masa tu…tak dapat nak tangkap siaran tvnya dengan jelas sangat. Time tu mak gua pulak tak nak pasang antenna special yang diperlukan. Habis meraung tak berlagu jadinya.

Menerusi stesen tv itulah gua dapat tengok rancangan Channel V buat pertama kalinya. Dan ada sekali tu, Channel V buat rancangan Over the Edge, yang kebetulan masa tu memaparkan sejarah permulaan muzik punk di dunia. Tak lain tak bukan, bapak punk si Johnny Rotten pun kena interview kat dalam. Punyalah riang hati gua menonton rancangan itu, kerana masa tu kepala hotak tak habis habis muzik bawahtanah je. Dulu mana ada Wikipedia, boleh klik sini klik sana nak dapat sumber maklumat.

Aiseh…tersasul pulak cakap lain. OK berbalik pulak kat Metrovision ini….peh…dia ada satu rancangan yang memang kegemaran gua habis-habisan. Rancangan itu bergelar ‘Metro Chart Show’. Apa yang bestnya dalam rancangan ini? Hmm…selain hosnya si Jevan Selvanathan (yang kini di ESPN Malaysia) yang gua tak ambil port langsung…

Chart Show ini memang best. Lagu-lagu semua pun sama best la. Antara yang menyengat carta masa tu ialah lagu Better Than Ezra, Goo Goo Dolls, Boo Radleys, Take That pun ada….kakakaka. Tapi ramai yang tidak tahu….Chart Show ini juga merupakan sumber pendapatan untuk gua yang masa itu masih menuntut di tingkatan tiga (eh…mungkin dua, mungkin empat. Ah tak ingat lagi soal belajar ini). Tiap-tiap minggu bolehlah dapat beberapa ringgit.

Dan apa yang kita pertaruhkan ialah… meneka lagu dan kedudukan carta mingguan. Cara main senang saja. Tak silap saya rancangan itu disiarkan pada hari Jumaat pukul 830 malam. Dan masa hari siangnya di sekolah, kitorang akan bukak table dan setiap orang akan menurunkan tekaan masing-masing. Contohnya:
1st – Better Than Ezra ‘Good’
2nd – Goo Goo Dolls ‘Name’
3rd – Annie Lennox ‘No More I Love You’
Dan seterusnya…..sehinggalah Top Ten.

Seorang malaun yang dilantik sebagai bendahari-juga-pengelola akan mencatatkan tekaan setiap orang. Memanglah syok gua cakap korang. Berdebar-debar rasanya tiap-tiap malam Jumaat menonton cerita tu menanti setiap satu lagu diumumkan kedudukannya sehingga la juara mingguan. Masa mula-mula main… kalah-menang kita agak balance jugaklah. Tapi entah mengapa, ada satu kali tu, gua bolehlah baca paper The Sun kat sekolah. Biasanya gua tak baca. Dan kalau gua baca pun, gua hanya baca tiap hari Rabu. Pasal ada ruangan BLASTING CONCEPT kelolaan brader Joe Kidd kita. Itu je.

Tapi, dah ditakdirkan… rezeki jatuh ditangan. Rupa-rupanya tiap-tiap jumaat ada disiarkan kedudukan carta metro chart show kat paper The Sun, sebelum ditayangkan rancangan itu pada waktu malam hari yang sama. WAH….kepala otak gua masa tu apalagi…mulalah nak berdosa memperkosa duit-duit kawan-kawan gua. Terus pergi bet sama diorang untuk show malam tu. Kerana gua tau kengkawan gua semua tu stok tak suka membaca (suratkhabar, buku dan segala macam tulisan), gua tau sangat diorang takkan sedar adanya sumber duit ini. Kesimpulannya …mestilah gua yang menang. KAKAKAKA.

Keadaan ini berterusan untuk beberapa minggu lagi. Tapi agar tidak menyebabkan mereka suspek gua…gua ada sekali dua sengaja buat tekaan yang salah. Mungkin hanya 2 kali gua berkelakuan tak siuman seperti itu daripada sepuluh kali bet. Lain lain gua semua menang.

Tapi, yang riang dan senang itu semestinya tidak berkekalan. Metro Chart Show tak lama lepas itu telah diberhentikan. Dan tak lama lepas tu Metrovision pun diberhentikan. Sedih gua masa tu…bagai nak mengukir batu nisan sendiri dah kat rumah…mengenangkan kebodohan gua kerana tidak baham kengkawan dengan lebih rakus lagi.
Begitulah tak adanya.

Moral Cerita Ini: Bacalah Anda Sebelum Rezeki Anda Dibaca Orang

1 comment:

Jef Hadi said...

ini namanya strategi.

good. haha.