Feb 26, 2007

Hari Penuh Emosi

Hari ini hari penuh emosi untuk gua. Kerana semua orang kat KL ini sudah pulih dan kembali semula ke tabiat mereka selepas cuti raya cina. Dan yang lebih mengemosikan gua ialah 'kerajinan' ketiga-tiga penjual nasi lemak kat ofis gua untuk kembali berniaga. TERIMA KASIH DIUCAPKAN! Sejak aku mula kerja Rabu lepas, aku dah sanggap giler pasal tak pekena nasi lemak yang sudah wajib untuk perut gua setiap pagi.

Entahlah, samada orang-orang kita nie malas nak mampus, ataupun mereka sehati sejiwa menyokong saranan kerajaan untuk menjadi rakyat muhibah. Ni cuti raya cina pun diorang nak sambut kaw-kaw dan tutup seminggu. Apa jiran korang Ah Seng tu ajak korang pakau 7hari 7malam ke...sampaikan nak parut kelapa perah santan pun takde masa?

Macamana nak maju kalau terus macam nie. Kerja sikit-sikit, cuti nak panjang. Kita patut contohi sikap mata duitan orang cina... raya-raya diorang pun bukak bisnes (Pukimak apek ais kacang, nak bisnes time raya pun janganlah naik harga ABC sampai RM2.80. Lain kali gua bawak susu ideal sendiri, hang bagi diskaun lah senang!)


Dalam kalendar orang berniaga, orang cina berkerja penuh untuk 12 bulan dalam setahun tu. Yang mengejutkan ialah, ada orang melayu pulak hanya berniaga 10 bulan saja setahun. Mana perginya 2 bulan lagi tu? Bulan Ramadhan sibuk nak puasa sebulan, tak larat nak berniaga. Bulan Syawal pulak sibuk nak beraya sakan, mana ingat nak berniaga.

Aiseh... aku harap lah korang ni, terutamanya makcik-makcik nasi lemak nie, cubalah kekalkan konsistensi berniaga korang tu. Sesungguhnya, nasib perut aku setiap pagi dan prestasi kerja harian aku bergantung habih kat nasi lemak korang.

Itu jelah yang nak aku sampaikan hari nie. Moga-moga esok gua sampai ofis, gerai nasi lemak tu dah pacak kat sana menanti ketibaan selera gua yang rakus ini.

No comments: