Feb 9, 2007

Kalaulah Dia Orang Malaysia...

Kesian pulak aku tengok budak Timur Tengah tu terbaring kat tepi jalan. Kepala pecah, darah terpancut macam paip SYABAS yang bocor. Kengkawan dia yang dua orang tu pun hilang tah ke mana.

Ceritanya bermula 5 minit lebih awal. Lokasinya pula ialah satu club terkemuka kat bandar. Masa tu kelab dah nak tutup dah...siap main lagu yang buat sakit telinga, supaya kita bersurai serta-merta. Dengan tetiba selamba kambing, seekor budak Timur Tengah nie dengan bajunya tak pakai, dikerumuni bebudak melayu... hah apa lagi...kena belasah la budak tu. Pasal apa aku tak tau. Tapi rasa-rasanya ada sangkat paut ngan betinalah.

Teruk jugaklah budak tu kena. Kon jalan, kayu, basikal, betina sundal... semuanya yang tangan boleh capai dilemparkan kat budak tu hah. Tu belum kira ludah, penumbuk dan flying kick lagi. Gua rasa adalah dalam 30puluh orang belasah budak tu seorang.

Tapi ada satu part tu, gua tetiba nak jadi contoh baik orang Malaysia kat pelancong-pelancong nie. Gua pun masuklah kat scene gaduh nie...dan sound "EH BRADER LEK LAH, DAH CUKUP LAH KORANG TARUK MACAM TU...KESIAN PULAK KANG MAKBAPAK ORANG TAK LEH CAM"...

Boleh pulak diorang jawab... "PUKIMAKLAH...KALAU DIA ORANG MALAYSIA GUA TAK BELASAH...NI APA DIA INGAT DIA BOLEH KURANG AJAR KAT SINI KE (sambil cakap sambil hayun kaki dan buku lima)."

Fuyooh... tetiba darah patriotik kembali mengalir dalam badan gua rasanya. Umpama kata-kata hikmat la tu. Di kala ada ketidakpuasan-hati sesama kaum, terdengar pulak kata-kata begitu. Rasa macam rakyat Malaysia semua sudah bersatu. Menentang penjajah dari luar... yang berupa pelancong asing.

Kalau betul dengan membelasah orang asing boleh menyatukan orang Malaysia... apa kata kita mula buat tahun ini? Yelah...tahun ini kan ramai datang kat negara kita...pasal Tahun Melawat Malaysia. Semuanya bersepah kat tepi-tepi jalan. Takpe Dato Mirza Mohammad, kalau kita tak dapat capai matlamat 21juta pelancong... janji kita dapat menyatukan 25juta penduduk negara kita.

Oh dan seperti biasa...macam dalam ceritacerita tv, polis dan ambulan sampai lepas budak tu dah kenyang kena penerajang.

*Terima kasih juga ditujukan kepada 2 pengawai polis yang sempat menjadi penonton kehormat insiden terajang pelancong asing itu. Sikap 'tutup sebelah mata ala MP Jasin' kamu itulah pemangkin kepada perpaduan kaum!

Woohoooo....

3 comments:

C-Fu said...

ni yang kat2 area klcc tu ke? AGH

blackpanther said...

kalau bab pukul memukul nie, kalau ada can, bantai je budak mat salleh inggeris tu. kat negara depa, kitorang dilayan macam lah kita nak rampas hak depa. kat negara kita pulak, boleh siap berlagak pi tonggang pastu usya awek orang.

kalau nak bantai mat salleh, aku banyak banyak syorkan supaya korang bantai mat salleh inggeris. memang syok woo bantai orang idong mancung sampai datang haid kuar dari idong depa.

unknownclicker said...

huh, kesian gile mat saleh tu.