Feb 11, 2007

Semangat Berentap Antara Kaum

Kalau nak cerita pasal gaduh nie...gua rasa diri gua cukup bertuah kerana lahir sebagai orang Malaysia. Kerana gua sentiasa dapat merasai pergaduhan, samada sebagai penonton terhormat, ataupun tukang pukul sekali.

Gua ingat lagi masa kat sekolah rendah, punca gaduh biasanya disebabkan main ejek nama bapak orang... aiseh...pikir balik malu jugak sial perlakuan monyet dulu tu. Lepas tu kat sekolah menengah dah maju sikit... gaduh antara geng-geng sekolah lain atau antara kaum... semua pasal nak tunjuk power.Tapi gaduh yang paling bodoh ialah gaduh pasal betina. Ini gua tak perlu ulas lanjut tahap kebodohannya la ye. Semua sudah sedia maklum.

Yang menariknya, dalam penglibatan diri gua di arena yang tak menambah caruman EPF aku ini, gua dapat perhati sifat-sifat setiap kaum utama kita nie. Ini membuatkan aku lebih mengenali mereka. Mari kita kaji sama-sama.

Orang Melayu
Samada diorang nie memang suka bergaduh ataupun kerana mereka sentiasa ada di mana-mana; Melayu nie kalau bab nak open fight memang semangat dan sepakat. Tak percaya? Cubalah taruk mana-mana satu budak melayu, dan tengoklah berapa orang yang datang tolong. Tak kenal tak apa. Janji kau orang melayu. Janji boleh join fight. Janji aku boleh tolong. Dah hobi kot (dalam artikel 'Kalaulah Dia Orang Malaysia'...kebanyakkan orang Melayu yang join belasah orang asing tu bukannya tau apa kesnya atau kenal sesama sendiri. Yang diorang tahu orang Melayu tengah berentap, tu je).

Skala Semangat Fighter: 9.5/10 (Sesuai diambil sebagai barisan harapan untuk berentap. Ramai boleh dikorbankan, dan semestinya boleh diharap).

Nilai Moral Perlu Dicontohi: Tolong Menolong, Bermuafakat


Orang Cina
Cina nie gua bukan nak cakap apa la... walau member sendiri kena hentak pun diorang boleh buat dek je. Diorang nie agak pentingkan diri sendiri kalau dibandingkan dengan yang lain. Selagi yang kena belasah itu tak ade kena mengena 1000% langsung, maka mangsa itu bolehlah berdoa supaya polis datang cepat, sambil menahan sakit penerajang. Nak harap member, PIIRAHH!!!

Skala Semangat Fighter: 3/10 (Langsung tak boleh pakai. Melainkan kau hulur ganjaran/faedah kat dia; kalau tak...nyawa hang confirm kat batang hidung jika kau suruh dia tolong fight)

Nilai Moral Perlu Dicontohi: Toleransi, Kesederhanaan (alasan mereka tak nak fight...sebenarnya pentingkan diri sendiri.)


Orang India
Darah fighter sentiasa mengalir dalam badan diorang. Diorang ok... jenis tak kacau orang. Tapi kalau hang rasa nyawa hang tinggal lama lagi, bolehlah cuba-cuba pi try kesabaran diorang (hati-hati jika gurau ngan diorang. Diorang cepat salah faham. Boleh jadi gurau brutal...silap haribulan ada yang arwah kang).

Skala Semangat Fighter: 10/10 (Paling sesuai guna untuk barisan terakhir. Kerana mereka tidak akan lari begitu sahaja... dan gerenti akan melumatkan sisa-sisa lawan sampai jadi lumut).

Nilai Moral Perlu Dicontohi: Harga Diri, Bekerjasama

Jadi lain kali nak gaduh kan...call lah saya. Sesungguhnya saya ini orang Malaysia, dan secara automatiknya, memiliki semua sifat-sifat 3 kaum diatas.

4 comments:

C-Fu said...

hhahahhahaha skala semangat fighter

Dimitry said...

Hahaha... Gua setuju gile, 100 juta % ngan pendapat hang ni...

Dimitry said...

Terkenang gua hari2 kat sekolah dulu, best gila

unknownclicker said...

huh , bertuah betul aku jadi orang melayu.