Mar 1, 2007

Perompak Tangkap Perompak

Apa yang bebudak kat UMNO tu tengah pikir kat kepala hotak mereka ya? Sebelum nie ajak mat-mat rempit tu join diorang, sekarang pulak nak bagi ganjaran kalau mereka ni dapat tangkap peragut.

La ilah... ni dah kira suruh perompak tangkap perompak sendiri. Nak tangkap apokebendonya... part-time Mat Rempit jugak kerja meragut nie. Yang kelakarnya, UMNO nie bagi habuan utamanya sebuah motorsikal baru. Tapi hadiah ini hanya diberi sekiranya seseorang mat-rempit itu berjaya menangkap 30 peragut.

Ini dah macam sistem CoffeeBean: Hang datang minum, gua kasi cop. Dah lengkap 10 cop, gua kasi lu free minum. Gua rasa tak lama lagi UMNO pun akan buat lah kad-kad cop macam tu.

Tutup kes mat rempit. Ni aku nak cerita pulak pasal perompak 'berlesen'. Siapa lagi kalau bukan polis kita. Sama macam Mat Rempit jugak... polis sekarang pun diberi ganjaran RM100 sekiranya menolak rasuah yang diberikan oleh orang ditahan mereka.

Dipendekkan cerita, modus operandi mereka lebih kurang macam ni:
  1. Polis akan tahan awak.
  2. Polis akan tanya nak settle tak.
  3. Polis akan tahan sekiranya hang hulur duit.
  4. Polis akan dapat RM100 kerana tolak duit hang.
Betul pukimak lah macam tu. Bukankah ianya tanggungjawab diorang tu untuk tidak mengambil rasuah, dan melaksanakan tugas mereka dengan amanah? Patutlah diorang dah tak pakai slogan 'Bersih. Cekap. Amanah'...

Tapi ganjaran tolak rasuah ini mungkin satu berita baik buat kita. Kenapa? Ini jawapannya...

(Senario: Polis tahan drebar ni seorang kerana tak patuh isyarat jalan)


Polis : Encik, ni Encik tau tak jalan ni tak boleh belok kiri. Tak nampak ke papan tanda tu hah?


Macha : Soli la Tuan, saya jalan jugak tala nampak itu signboard. Mintak ampun la Tuan.


Polis : Aiseh, Encik dah buat silap nie... macamana saya nak ampun.


Macha : Tolonglah Tuan, chance satu kali jugak kasi lah...


Polis : Apa chance? Encik mau saya tolong macamana...


Macha : Kasi saya lepas la Tuan...saya duit jugak tala la....

Polis : Saya mana boleh tolong kalau Encik takde duit. (Berfikir sebentar) Hmmm, ini macam la Encik, daripada saya kasi saman sama lu, dan Encik kena bayar Rm100 itu saman, baik saya kasi tahan Encik pasal nak merasuah saya. Apa macam?

Macha : Aiyo Tuan...itu teruk lagi la... nanti jail jugak saya masuk....


Polis : Encik jangan susah hati. Kita ini polis, semua boleh settle punya... Encik cuma perlu mengaku ada kasi saya rasuah saja. Nanti saya dapat Rm100 reward... itu kerajaan kasi punya, dan saya akan padam Encik punya kes. Confirm lepas punya.


Macha : Eh betul ka Tuan, boleh itu macam?


Polis : Apa lu tala percaya kita kah? Kita polis la... kita buat kerja 'Mesra, Cepat dan Betul' punya. (tamat)



Sesungguhnya, kita patut bersyukur kerana kita ada sistem yang sebegini fleksibel...

1 comment:

Anonymous said...

http://zewt.blogspot.com/2007/02/chinese-b-c.html

wei buat ah yang melayu nye version ni la baru fighter melayu lawan fighter cina!!!!!!!!!!! yeahhhhh!!!!11satu