Jun 26, 2007

Lepas Ni Rekod Apa?

Lebih 8000 keping puki berdansa tempoh hari di Dataran Merdeka. Semuanya gara-gara menjelang sambutan merdeka ke-50 negara tahun ini. Dan yang paling menyedihkan, aktiviti yang diberi nama Muhibah (Mu-cibai lagi kena lah) Dance Fiesta ini mendapat tempat di Malaysia Book of Records. Saudara dan saudari sekalian, kalau korang berpeluang walau sekalipun untuk membangga-banggakan Malaysia tercinta kat orang asing, jangan, saya ulang, jangan sekali-kali menggunakan buku ini.

Sesungguhnya, buku ini bukan tercatat rekod yang boleh dibanggakan. Ia lebih merupakan sebuah buku yang merekodkan kebodohan dan kedesakan rakyat malaysia (atau lebih tepat lagi, institusi-institusi swasta dan kerajaan - kerana banyak rekod bodoh di dalam diilhamkan mereka) untuk mencipta nama di pesada antarabangsa*.

Kalau korang ada masa, pegilah belek-belek Buku Rekod Malaysia ni kat kedai. Saya musykillah... apabendanya rekod 'paling ramai orang berdansa pada satu masa', tak pun rekod satay terpanjang, menara buah-buahan tertinggi, sandwich terpanjang, ataupun baru-baru ini kuih Chang cina yang terbesar? Semua ini buang masa. Takde faedahnya. Yang paling teruk, semua ini bazir duit. Duit sapa? Duit rakyat juga (kalau dianjur oleh institusi kerajaan lah). Publisiti macam ini memang media siarkan. Tapi... siapa yang ingat selepas seminggu dua? Siapa ambil port? Kodok kat longkang aku yang takde kerja sepenuh masa pun malas nak ambil port, tau!

Ini beberapa ungkapan kata VIP negara mengenai buku ini (dipetik dari laman web buku tu, dan dialihbahasa dengan cincai saja):

SAMY VELLU:
Banyak rekod sudah dicipta dan dipecah selama ini. Kemunculan Malaysia Book of Record merupakan sumber motivasi untuk mengejar kejayaan. Ia akan menjadi peneraju negara dalam usaha pembangunan masa depan.

(Habis lingkup oi bisnes Dr Fazilah Kamsah. Hang tak yah lagi bagi motivasi. Samy suruh baca buku rekod tu cukup).


KHALIL YAAKOB:
Projek mulia ini ialah bukti kepada perkembangan dan kejayaan masyarakat dalam pelbagai aspek. Ia juga merupakan suara kerajaan kepada rakyat Malaysia agar mereka memain peranan masing-masing menuju visi 2020.

The Malaysia Book of Records bukan saja dapat berbuat demikian sehingga kini, malah ia juga berjaya menyemai rasa bangga dan gembira dalam setiap rakyat Malaysia dengan mengiktiraf orang yang cemerlang dan luar biasa".

Teruskan usaha ini agar Malaysia Boleh!

(Rasa malu gua melebihi bangga. Macamana nie?)


ABDUL KADIR B. HJ. SHEIKH FADZIR:
The Malaysia Book of Records ialah buku menarik yang patut dimiliki setiap rumah, dan juga sebagai cenderahati kepada setiap pelancong ke sini. Negara yang kaya budaya, tarikan, dan record - buku inilah buktinya.

(Gua setuju simpan satu kat rumah. Biar simpan lama-lama. Sehingga masuk rekod buku disimpan paling lama. Lepas tu buat pekasam)

Entahlah, samada gua sekolah tak cukup tinggi dulu-dulu...ataupun jawatan VIP-VIP terlampau tinggi...gua langsung tak dapat melihat, dan menilai kepentingan buku ini dan peranannya dalam pembangunan negara. Untuk gua, buku ini hanya motivasi kepada mereka yang takde kerja, lantas mengilhamkan sesuatu yang hanya tapir faham, tetapi 'menarik' dan boleh diberitakan.

Kalau betul nak buat juga rekod-rekod Malaysia ini, gua cadangkan lah, takat rekod yang boleh dicapai dengan wang ringgit tu semua boleh tolak tepi. Ni hah beberapa rekod yang patut diambil serius dan direkodkan:

  • Bandar Paling Cepat Dibanjiri Selepas Hujan: Kuala Lumpur (kurang dari 2jam)
  • Rider Paling Laju Ambil Korner Tanpa Sebarang Kelengkapan Keselamatan: Mat Rempit (pakai selipar Tat Sing je)
  • Pasukan Kalah Paling Banyak Kali Dengan Team Yang Lebih Lemah: Pasukan bolasepak Malaysia (HongKong pun tak lepas sial!!)
  • Bahasa Paling Banyak Gelaran: Bahasa Malaysia, eh tidak.. Bahasa Melayu..eh sori...Bahasa Malaysia baru betul lah. Eh... mana satu baru betul?
  • Kementerian Yang Paling Banyak Menerima Aduan: Kementerian Kerja Raya (sori Samy)
  • Sektor Paling Tak Serupa Kerja Masa Hari Kerja: Sektor kerajaan masa hari Jumaat (tolak masa sembahyang, minum pagi, minum petang, makan tengahari, pergi melabur kat tandas...gua rasa diorang kerja tak sampai 4jam - kalah orang halfday hari sabtu).

Gua percaya, kalau rekodrekod diatas diterima dan diterbitkan oleh Malaysia Book of Records dengan hati lapang, pemegang rekod itu akan mula sedar kesilapan masing masing dan berusaha lebih baik untuk memadamkan rekod mereka. Ini barulah motivasi, ngok!!!

*Kecuali Superman Malaysia, Mr R. Letchemanah, yang menarik Boeing dengan rambutnya, dan juga beberapa orang kuat lain yang betul-betul layak digelar pemegang rekod. Korang layak mendapat pujaan ramai kerana semangat Malaysia Boleh korang memang real abih.

6 comments:

Unknown said...

Masuk buku tu satu hal, silap silap dapat Datukship free tau... Pasal itu la dia orang tu sibuk nak masuk rekord.... Ingat patriotik sangat nak tunjuk Malaysia Boleh ke!! Hahaha...

Gagap Hitam said...

Betul cakap sodara Dimitry nie... Datukship senang senang dah boleh dapat.

Dan patut bagi entri baru dalam Malaysia Book of Record ini... title 'Most Datukship Title'....atau 'Highest Price Paid for A Datukship Title'....

Unknown said...

La, Melaka kan dah sapu title tu.. Kalau tak silap gua, 108 orang telah diper'Datuk'kan sekali gus...

Gua rekomen hang pun join sekali dalam misi menebalkan Buku Malaysian Books of Record tu... Masuk kategori site Malaysia Paling Karut atau Site Peribahasa Moden Terbesar... Gerenti sapu punya...

Gagap Hitam said...
This comment has been removed by the author.
unknownclicker said...

aku sokong ko, takde makne nye rekod2 mengarut camtu, yang india tarik bas pakai kepala tu takpela, menunjukkan die tu strong mentally dan physical...itu bagos.

ckyeo said...

Malaysia 1-5 China