Sep 4, 2007

50 Warisan Negara (dan Lembah Kelang) Menurut Dewan Karut

Gua tengok paper The Star tu sibuk je nak cari 50 benda berupa warisan negara ini. Cheh... apa kelas, itu cuma warisan buat sedap telinga dengar je. Ni hah... warisan yang betul betul kena dengan orang kita semua....


1. Selipar Tat Sing

Selipar 'jepun' berjenama Tat Sing ini sudah lama menjajah jamban-jamban di Malaysia. Tak lengkap kalau melabur kat jamban tanpa bertapakkan selipar ini. Ia juga merupakan selipar rasmi Mat Rempit. Betapa besar pengorbanan mulia selipar Tat Sing hanya boleh digambarkan melalui jumlah Mat Rempit yang terkorban semasa berlumba haram.

2. Rashid Sidek
Jaguh kampung terulung, yang sudah memenangi semua hadiah yang ditawarkan di dalam negara. Walaupun jarang-jarang menang kejohanan antarabangsa, tetapi bila time main je kat tanahair, beliau tidak pernah menghampakan kita. Pemain-pemain badminton negara sekarang perlu mendapat nasihat daripadanya agar tak tertewas macam kat Kejohanan Badminton Dunia di Bukit Jalil minggu lepas.

3. Istana Zakaria
Seni pembinaan istana yang unggul ini mencerminkan zaman kegemilangan empayar Zakaria yang pesat dengan budaya rasuah dan yang seharamnya. Istana ini diperindah juga dengan menara berupa zakar di tengah tengah. Memang kena sangatlah dengan namanya.

4. MRR2
Keretakan di jambatan lebuhraya ini sememangnya satu warisan dalam bentuk penyelewengan duit rakyat. Usia jambatan ini tak tua, tapi ia cukup tua untuk mencetuskan pelbagai kontroversi di kementerian berkaitan. Cayalah Samy!

5. Pasukan Bolasepak Malaysia
Kedudukan senarai FIFA sudah memadai untuk pasukan bola kita dijadikan warisan, dan teladan agar perkara semalu ini tidak diulangi. Pesta Bola Merdeka, yang dulunya begitu berprestij, kini sekadar mengundang pasukan Lesotho, Meesoto, dan sebagainya. Memanglah semalam dah menang final pesta tu, tapi sangkaan saya ialah, Myanmar tu dah kena suap habis kot.

6. Mat Rempit
EX5, RX-Z dan segala kapchai amat terhutang budi dengan mereka ini. Tanpa mereka, jualan takkan berkekalan sehingga kini. Siapa sangka EX5 boleh wikang, pacak, willy lapan batu? Mat Rempit menjadikannya kenyataan. Mereka juga rajin merogol and merompak.

7. Mat Gemilang
Contoh terbaik bagaimana sampah masyarakat dipakej dan diperguna untuk kepentingan ahli politik sejagat. Walaupun digelar Mat Gemilang, perangai tetap sejibik cam Mat Rempit. Cuma kejahatan mereka yang bergelar sedemikian dipayung habis oleh UMNO.

8. Belakang Mati (Chow Kit)
Bapok kita kalau banding dengan yang kat Thailand tu memanglah tak boleh nak fight. Tapi di Belakang Mati inilah maruah negara dimartabatkan sedikit. Bak kata ramai kaki bapok, tempat inilah berkumpul ‘KL 1st Eleven’, iaitu kesebelasan utama bapok terbaik kat bandar. Sayang sekali lorong belakang ni sudah diterangi lampu jalan, dan bapok semua pun tah hilang kat mana.

9. Rakan Muda
Rakan Muda, apa benda ini? Projek yang dilancarkan entah sedekad lebih yang lalu takde pun nampak hasilnya. Yang makin ramai cuma mat rempit dan mat ragut. Gua akan ulas lebih lanjut mengenai rakan muda ini lain kali.

10. Bohsia
Merupakan aset penting dalam pembangunan industri rempit negara. Di kala mat rempit sibuk menyempurnakan teknik wikang, bohsia-bohsia pula rajin terkangkang-kangkang memberi sokongan moral untuk batang mat rempit semua.

11. Malaysia Book of Records
Bak kata Menteri Pelancongan dulu...setiap keluarga perlu simpan sebuku di rumah. Ya betul, simpan di rumah buat pekasam, biar kita ingat bahawa bangsa Malaysia sememangnya takde kerja yang lagi berfaedah selain merekodkan banyak rekod bangggang banggang belaka.

12. VCD Haram
Kalau korang nak gua namakan satu industri yang meletakkan Malaysia kat peta dunia, ianya tidak lain tidak bukan, ialah VCD haram. Semua negara Asia Tenggara pun tak leh nak lawan kita. Kita siap ada tokan yang jadi kaya raya menjualnya menerusi ebay.

13. Imbi Plaza
Pusat segala kegiatan cetak rompak suatu ketika dahulu (khususnya perisian computer). Walaupun gelaran kini sudah dirampas Low Yat Plaza, Imbi Plaza tetap berada di hati pengguna komputer dan pegawai Kementerian Dalam Negeri yang selalu menyerbu kedai sana.

14. Jalan Ipoh (sekitar Bangunan Perkim)
Dikala perkataan 'rempit' itu masih tidak ada dalam kamus rakyat lagi, bahagian Jln Ipoh ini sudah menjadi medan pertarungan mat-mat motor sekalian. Cilok lori sampah, superman diantara dua bas intrakota, dan banyak lagi aksi-aksi ngeri Ripley’s Believe It Or Not. Sinilah pemangkin arena merempit di KL.

15. Erra Fazira
Ini kira spesis pupus. Melayu terakhir bergelar Miss Malaysia. Mahunya tak dijadikan warisan. Kalau takde orang nak jaga, sila hantar dia kat rumah gua. Akan gua jaga dan maintain sebaiknya (ah puki, gua terbaca dia nak kawin dengan boss stesen radio…arghhh tidakkkkkk!!!!!).

16. Dasar Ekonomi Baru
DEB sebagai warisan bukan bermaksud ianya patut diteruskan. Gua berpendapat ianya patut dijadikan warisan dengan membungkus segala dasar ini dan pamerkannya di dalam muzium saja.

17. Azroy (Gila-gila Remaja)
Tiada mana-mana watak cerita Melayu yang sebegitu mendalam impaknya dalam kehidupan gua, dan juga mereka-mereka yang membesar di era 80-an. Kita patut hidupkan kembali zaman scrambler.

18. Kasut bola Fung Keong
Kasut kain hitam dengan studnya dibuat daripada getah ini telah menawan semua padang sekolah suatu ketika dulu. Memang klasik. Takat but Predator atau Copa Mundial harga ratus ratus tu semua boleh tepi sikit, ni FungKeong nak masuk line!

19. Banjir KL
Seperti yang pernah diwartakan gua sebelum ini, banjir di KL ini sememangnya satu fenomena yang ajaib dan patut dijadikan tarikan pelancong. Buat apa kerajaan nak bazir duit berjuta-juta menghilangkan banjir ini (seperti terowong SMART)? Baik pakai duit tu beli lebih banyak bot-bot pesiaran untuk pelancong menghayati KL yang serba banjir ini.

20. Ah Long
Mereka mengelar diri sebagai ‘Robin Hood’, iaitu menolong mereka yang memerlukan. Memang tidak dinafikan, Ah Long ini sudah sebati dengan hidup kita (kalau dulu-dulu kita ada ceti India la). Kerajaan siap memperkenalkan skim pinjaman mikro untuk menghapuskan Ah Long semua...tapi, boleh berjayakah? Ah Long tak payah guarantor, tak payah slip gaji atau apa apa pengesahan oi. Ah Long tetap yang terbaik!!!

21. Ujang, Jaafar Taib dan kartunis Malaysia seangkatan
Cubalah belek komik dan majalah tempatan sekarang. Mana dah pergi semua lukisan yang beridentitikan perwatakan Malaysia? Sikit sikit macam omputih, sikit sikit macam anime... oi jepun cuma bagus untuk satu benda je...iaitu cerita blue dia. Hidupkanlah semula kartun Malaysia!!!

22. Tutup Sebelah Mata
Gua rasa Kementerian Pendidikan patut memasukkan istilah, atau nilai moral ‘Tutup Sebelah Mata’ dalam sukatan pelajaran Pedidikan Moral. Ianya penting untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat, dan agar penyelewengan boleh berlaku dengan lebih lancar. Terima kasih MP Jasin.

23. Negarakuku
Kemajuan sistem internet telah menjadikan video ini usaha pertama rakyat Malaysia menyuarakan pendapat kontroversi secara luas. Korang nak kata gua jahil pun katalah. Sememangnya gua rasa video muzik ini sesuatu yang baru lagi kreatif buat orang Malaysia. Tak pernah-pernah gua rasa terhina sebegini, tetapi pada masa yang sama, gua akur dengan dakwaan Namewee.

24. Terowong Smart
SMART Tunnel sememangnya dijadikan warisan kerana ianya terowong pertama di dunia yang mempunyai dwi-fungsi. Dan juga kerana sehingga kini ia masih belum terbukti keberkesanannya. Yang pasti, orang yang menggunakannya tidak akan terlepas daripada kesesakan jalan (sesak gila bila keluar je dari terowong tu kat Sg. Besi)

25. ISA
Seperti juga DEB, ISA patut dimansuhkan, dan seterusnya dijadikan sejarah di dalam muzium kita. Gua kurang nak mengulas lanjut mengenai ISA ini. Sesungguhnya, pembaca semua yang berkepintaran akan tahu setakat mana ISA ini mengecam kebebasan individual kita.

26. Altantuya Shaaribuu
Memang patut dijadikan warisan kerana beliau mati demi negara Malaysia (ataupun ahli politik Malaysia). Gua cadangkan kita bina tugu peringatannya dan letak sebijik kat Kementerian Pertahanan, dan sebijik lagi kat Mongolia. OK?

27. Mahkamah Malaysia
Selain terkenal dengan konsep ‘boneka’nya, mereka juga terrer seperti coklat biskut ChocFudge dulu tu… ‘sekejap ada sekejap takde’ bila mengendalikan kes kes dan bukti dakwaan.

28. Proton
Kalau nak diwariskan, mana boleh takde kereta No.1 Malaysia, kan kan kan?

29. Dataran Merdeka
Ia patut dijadikan warisan bukan kerana sini pusat aktiviti bila Hari Merdeka. Tetapi kerana kerajaan rajin sangat nak tutup tempat ni pada hari minggu, maka ia telah menjadi pusat tumpuan mat rempit. Sini bagaikan sarang mereka memulakan aktiviti yang faedahnya tak sampai 5sen pun.

30. Lencana 'Saya Anti-Rasuah'
Gua pun tak yah nak cakap lebih lah. Memang lencana paling lawak di Malaysia. Pakai kat baju, tapi tangan dan mulut tetap mintak rasuah. Buang masa je, baik duit lencana tu sumbang kat anak-anak orang asli gi sekolah.

31. Perhimpunan Agung UMNO
Tiap kali kalau mesyuarat UMNO, mesti ada isu yang dibangkitkan. Dan tiap kali isu itu akan mencetuskan kontroversi. Dan tiap kali kalau kontroversi itu melibatkan kaum lain, mesti kaum lain tak berani nak menyuarakan pendapat (ada pun berkeras sekejap je. Lepas UMNO pergi tunjuk muka kat perhimpunan parti kaum lain, semua pun kira settle lah). Memang warisan habislah beb!

32. Perhimpunan Agung MCA
Tiap kali kalau mesyuarat MCA, mesti ada isu yang dibangkitkan. Dan tiap kali isu itu akan mencetuskan kontroversi. Dan tiap kali kalau kontroversi itu melibatkan UMNO atau kerajaan (dan seterusnya MCA kena sound dah), mesti diorang takde telur nak teruskan pendirian diorang. Memang warisan habislah beb!

33. Maplei
Budaya kedai maplei ini cuma boleh dapat di Malaysia je. Hang kalau pegi tempat lain nak kena roti canai, teh tarik tengah malam buta, memang kebulurlah. Kerajaan patut buat satu gerai maplei bergerak dan bawaknya menjelajah dunia. Biar semua orang kagum dengan keterreran maplei kita.

34. Sports Toto
Judi itu memang haram disisi agama Islam. Tetapi kalau ianya ialah Sports Toto, maka keharamannya akan digantung sementara. Sememangnya satu warisan unik buat orang Malaysia.

35. Kasut Aliph
Siapa kenal kasut Aliph? Eh…kalau ada antara korang yang masih menyimpan sepasang kasut ini, juallah kat gua. Saiz 10 gua pakai. Gua rindu gila kat kasut ini. Inilah kasut ala L.A. GEAR untuk orang miskin dan rockers masa dulu-dulu tu. Memang patut dipamerkan dalam Muzium.

36. Foo Kok Keong
Siapa kata kalau tak hensem tak boleh jadi warisan? Inilah bukti terbaik seorang yang cekal, tidak pernah putus asa dan langsung tak hensem tapi masih mampu meraih Piala Thomas. Semua insan yang mewakili negara patut mengambil kursus motivasi sama brader hero kita seorang nie.

37. Bas Mini Wilayah
Sebelum adanya LRT di KL ini, bas minilah cara terpantas untuk sampai ke destinasi ditujui. Tak payah nak aircon-aircon macam dulu dalam Intrakota tu… kerana kelajuan bas ini sudah cukup untuk menghasilkan angin sejuk selaju puting beliung. Gerenti nyawa tergantung kat hidung. Tapi memang berbaloi 60sen tu. Konduktor bas juga terrer dengan ilmu pengurusan, dimana mereka dapat mengurus dan menyumbat penumpang dengant padat sekali dalam setiap ruang yang ada.

38. Parlimen
Tempat ini memang klasik habih. Walaupun digelar simbol perlembagaan dan demokrasi negara, keputusan yang dicapai di dalamnya sentiasa berat sebelah. Parlimen juga merupakan tempat mencungkil bakat badut negara.

39. Datuk K dan Siti Nurhaliza
Pasangan paling hangat tapi tak padan Hatiku berkecai di malam perkahwinan mereka itu. Memang sebijik citer Beauty and the Beast. Kenapa batang tu yang dipilih, sedangkan yang tegap lagi segar bersepah kat jalan. Pasangan ini patut dijadikan warisan kerana acara kahwin mereka disiar secara langsung kat TV. Sah industri hiburan Malaysia ini lingkup, orang kahwin pun nak tayang.

40. Mesin Kuda
Siapa boleh lupa bunyi syiling singgit jatuh bila kuda kita kena! Memang sedap didengar. Populariti mesin kuda cukup meluas, sehinggakan ada yang sanggup tinggal sembahyang jumaat walaupun dah ada kupiah dan sejadah kat tangan. Pengusaha juga rajin memperkenalkan variasi dalam game ini, seperti mesin donald duck, mesin anjing, mesin badut, dan ramai lagi. Semuanya sama.... tetap buat orang fakir miskin.

41. Konda-kondi
Besbol ke basketball mana kitorang tau apa dia masa kecik dulu. Ini hah, permainan kampung dan bandar no.1. Buat 2 team, korek satu lubang kat tanah, cari dua batang kayu... dan mula main! Untuk mereka yang tak tau langsung apa benda ini…kira korang ini memang sesatlah. Silalah rujuk kat laman ini.. http://malaysiana.pnm.my/03/0310konda_kondi.htm

42. Chin Peng
Ramai kata Chin Peng ini pengkhianat. Tapi untuk gua, dia ini hero jugak. Walaupun fahaman dia berlainan sikit, tetapi memang gua tak leh nak nafi dia ada jasa menentang Jepun dan sebagainya. Kesian orang tua tu, ampunlah dia, biarlah dia balik kat kampong halaman di Sitiawan tu... dan kena teh tarik secawan dua.

43. Rock kapak
Walaupun banyak band-band rock kapak ini adalah ’cover band’ masa mula ditubuhkan dahulu, setiap mereka mempunyai personaliti yang cukup mengancam. Setiap satu lagenda ini patut dihidupkan semula, dan rock kapak perlu diwajibkan sebagai sukutan pelajaran muzik buat sekolah semua.

44. Dunhill
Rokok paling laris di Malaysia, dan juga diiktiraf ramai (termasuk orang asing) sebagai rokok paling power dan keras (rokok kretek tak diambil kira ye). Kalau pergi mana-mana negara lain, tak boleh jumpa Dunhill sana yang sesedap di Malaysia. Sememangnya identiti utama Malaysia.

45. Buruh Haram
Tak diorang, takdelah KLCC, KL Tower, KLSE, dan segala bangunan konkrit kat bandar sekarang. Diorang inilah tonggak industri pembinaan negara. Nak harap orang-orang tempatan, toksah lah. Kerja berat dan susah mana orang kita nak buat (dah tu janganlah mengeluh takde peluang pekerjaan lagi, kimak!!!)

46. Despatch / Peon
Kalau masa sekolah rendah ramai budak cita-citanya nak jadi polis, askar, doktor dan yang sewibawanya;... budak sekolah menengah pulak mempunyai cita-cita yang agak realistik. Tanya je 10 orang, mesti ada 4 atau 5 yang kata nak jadi despatch atau peon. Untuk mereka, takpe kalau kerja tu takde masa depan. Janji kerja senang dan kurang tanggungjawabnya. Sekali lagi warisan ini berkaitrapat dengan mat rempit.

47. Nicol David
Ada member India gua seekor ini selalu cakap... kalau Nicol David ni orang Melayu, dah lama dah sangkut gelaran ‘Datuk’. Hmmm... bernas jugak kata tu. Apasal dia bukan orang Melayu ye? Tapi takpe... mungkin gelaran Datuk tu akan buat dia pancit kot. Si Nicol ini memang dah champion segala champion buat masa ini. Bukan juara kampung ye. Satu-satunya kebanggaan sebenar Malaysia di acara sukan.

48. Gerai Burger
Inilah inspirasi bisnes utama setiap anak muda kita. Mintak loan buat gerai burger. Memang caya kepala otak diorang. Selain meniaga, boleh ajak member-member lepak kat gerai sambil petik gitar hingga pagi-pagi buta. Yang jual hanya 2 biji satu malam, padahal kena payung member-member makan sampai 10biji sehari. Tak sampai 2bulan terus lingkup bisnes. Gerai macam ini bercambah kat mana mana je. Ramai yang tak berlesen, tapi takde hal, pasal pihak berkuasa akan kata “elok sangatlah tu anak muda melayu nak meniaga, kita jangan sapu gerai diorang.”

49. Khairy Jamaludin
Pemuda paling gemilang, cemerlang dan terbilang negara. Contoh terbaik bahawa anda tidak perlu menyandang apa apa jawatan penting dalam kerajaan untuk mempengaruhi pentadbiran kerajaan. Sememangnya David Copperfield Malaysia!

50. Bangsa Malaysia
Kalau tak hati-hati, bangsa ini mungkin akan lenyap daripada muka bumi ini. Bangsa Malaysia tak lengkap kalau takde mana-mana satu kaum India, Cina, Melayu, dan sebagainya. Warisilah apa yang kita ada sejak 50 tahun dulu, untuk Malaysia kita yang akan datang.

8 comments:

Dimitry said...

Aik, Kopi Tongkat Ali Cap Kapal, Mat Rock sejati (era rambut panjang ngan jeans koyak), Skim FELDA, frasa "Aku Hidup Dalam Blues" tak dapat masuk list ke? Whahaha!! Tapi gua memang respek sama senarai hang ni... Memang budak 80an sejati... zaman di mana Gila-Gila and Lat masih bertaubat sebagai komik rasmi Malaysia...

gagak hitam said...

laaa... patut gua mintak pendapat hang dulu sebelum buat senarai ni...
takdelah gua akan tinggal mana-mana yang penting...

hahaha...

ah...baru gua teringat.... lagi satu warisan negara... iaitu Gam Dunlop... masa kecik kecik dulu kalau nak stim... tapi duit takde...hisap gam jelah....wahahaha

bats said...

memang cantek list hang. pasal rokok dunhill tu, gua sokong 100%. memang tetap. pasai si KJ pun tetap. itu baru magik sial... kerja tetap pun goyang semacam je, tapi mau beli saham, setakat 9 juta tadak hal langsung. skill bai, skill.

bats said...

kimak tul... gua mau cakap tepat tapi tertaip tetap. cibai, dua kali pulak tu.

gagak hitam said...

itu tanda hang tak cukup rokok dunhill tu.. sampai salah taip berulang kali...


hais... marilah sama-sama kita berdoa... agar pembentangan budget petang nanti tidak sekali lagi menaikkan harga dunhill tercinta..

wasalam....

nix said...

waaa..gua salute lu la bro..memang best baca blog lu sebelum ini tapi 50 tahun warisan merdeka adalah yang terbaik (termask peribasa lu sebelum ni.hehe)

semua benda yang lu tulis memang buat gua terkenang zaman kecik2 dulu..cayalah bro..teruskan penulisan di Dewan Karut ini..

gagak hitam said...

riak hati gua dengar brader ni suka kat peribahasa gua.

hah...kalau bolehlah, gunakanlah semuanya dalam pertuturan seharian. insyallah... hidup gerenti maju.

ni kalau dah cukup 100 peribahasa kang...gua nak bukukan dalam satu koleksi. dan gua akan suruh Dewan Bahasa membiayai pencetakannya. diorang mesti support punya.. pasal gua tolong kembang bahasa jugak..

Cornelius said...

Satu list komprehensif yang memerlukan usaha serta pengamatan yang mendalam.

Tahniah! penulisan sinikal yang amat diperlukan sebagai bahan bacaan remaja masa kini!

Kudos!