Nov 9, 2007

Kasi Bersih Semua

10 November...10 November... tak habis habis member gua mengingatkan gua tarikh itu. Seingat gua, 10 November tu gua kena bertandang ke kenduri kahwin seorang kawan. Takde perkara lain dah nak dibuat.

Tapi, member semua boleh pulak sound... kenduri kawin tu bila bila pun ada, bila bila boleh pergi, tapi ada perhimpunan ni yang jatuh kat hari sama memang tak boleh nak miss (hah, kepada kawan gua yang kawin 10 November ni, kalau gua tak muncul kat kenduri hang, silalah lapor kat polis. Gua konfirm dah kena culik ngan setan tu semua).

Laaa....gua ingat kemuncak Perhimpuan UMNO ke yang diorang kecoh kecohkan semua tu. Rupanya bukan. Yang diorang sibuk perkatakan ialah Perhimpunan BERSIH yang nak dapatkan 100 ribu orang join kat Dataran Merdeka tu. Agenda perhimpunan ialah untuk menuntuk pilihanraya yang bersih dan adil lah katakan.

Tapi yang peliknya, para member gua yang sibuk mengajak gua pi bukannya stok yang sensitif dengan perkembangan politik negara selama ini. Gua pun tak tau mana urat mereka yang salah tu....

Diorang kata semua orang turun kena pakai baju kuning. Nak buat gelombang kuning.. Laaa...betul mundur lah otak gua ni. Gua langsung tak tau berita ini. Kerana gua ini memang hidup umpama katak bawah tempurung dalam jangkamasa 2 bulan ni. Tak banyak baca akhbar, tak tengok TV, tak menghabiskan masa membaca blog orang. Ish... betul ketinggalan gila.

Selepas gua baca sikit kat internet tu, gua dapat tau yang geng PAS turun pun dah ada lebih 100ribu ahli. Betul gila bai.... sampaikan stok kemeja-t kuning pun diorang putus (eh sesiapa yang ada kontek dengan PAS tu, sila bagitau diorang yang Carrefour ada jual kemeja-T kuning...RM3.90 saja. Kualiti memang buruk gila...konfirm FRU tarik gerenti koyak. Boleh lepas badan lah bai).

Sesungguhnya, mereka kata ini merupakan perhimpunan aman. Tapi kalau dah gomen tu nak buat hal, macamana nak amanlah katakan. Seribu satu helah diorang boleh pakai untuk menghuru-harakan keadaan. Dan kalau dah huru-hara tu... diorang turun pulak titah ISA tu...kantoi habis...walau kau ni keturunan diraja.

Saudara pembaca yang dihormati, gua bukannya nak mematahkan semangat korang yang berkobar-kobar nak join tu. Tapi join biarlah kena tempat. Biarlah faedah tu korang dapat jugak. Rezeki tu penting. Maksud gua... pandai pandailah korang dirikan gerai air dan burger kat sana. Memang laris habih. Konfirm 100,000 orang tu mesti penat dan haus bersorak, berhimpit dan berarak.

Dan bagi yang lebih 'adventurous' dan gila tu... bolehlah meniaga topeng gas dan yang sewaktu dengannya.... kerana gua bilang dah tentu FRU tu nak memancut gas pemedih. Maklumlah... lepas Reformasi sampai sekarang dah berapa tahun dah... diorang pun nak test gas-gas tu semua tengok dah expired belum.

*Terkini
Tadi gua baru tonton berita 8malam... PM bagi amaran kat rakyat jangan pi perarakan tu. Dan kalau tak silap telinga dan mata gua dengar sambil tonton....si Zainuddin Maidin tu pulak kata UMNO nak kumpulkan 50ribu orang pun susah, siapa BERSIH ni nak dapatkan 100,000ribu orang kat Dataran esok (klip dia cakap ni tak disiarkan sepenuhnya, pasal dia tak habis cakap lagi RTM dah cucuk masuk iklan.Haha...mungkin penyunting berita tu tetiba sedar yang Zam ni terlampau memandang rendah BERSIH kot? Hahaha...ni yang buat gua lagi mengada ngada nak pi Dataran memeriahkan suasana esok. Woohooo....jumpa di sana

7 comments:

TheOddfather said...

so ko pergi ke x?
haramjadah plan asal aku nk smayang zohor kt masjid negara tergendala sbb member aku lmbt smpai ke pudu..
sudahnye aku kene smayang kt masjid jamek..
mmg konpem ar mkn gas pemedih mata,bom asap sume ah..
dah la mcm tu..
group dari masjid jamek x sempat sampai istana negara plak tuh..
haru betoi..
aku xde la obses mana2 parti..
tpi aku just nk tunjuk yg tanpa rakyat siapaLAH kerajaan itu aja..

gagak hitam said...

gua turun la. standby kat masjid jamek... kena jugak gas gas haram tu... sengsara tekak dan mata siut. ni peparu gua pun macam ada lagi saki baki gas kat dalam.

eh yelar..korang yg kat dalam masjid jamek tu tak dapat keluar kan? Barisan FRU 'kunci' korang kat dalam kan?

Nasib baik gua kat luar. Dapat pi istana jugak.

la... gua turun pun bukannya belah parti politik mana mana pun. gua turun sebagai RAKYAT.

C-Fu said...

asal tak mati ah :(

gagak hitam said...

cis... gua pakai hikmat gagak hitam getah sekerap...mana boleh mati bai...

gua rasa kalau betul betul polis nak tembak peserta hari tu...tak cukup peluru lah....

ramai gila..

gerenti senario itu umpama cerita The Mummy Pt 2... yg mana manusia manusia diserang askar berkepala anjing tu... ramai gilaaaaaaaaaaa.

TheOddfather said...

kah3x..memula mmg die kunci tpi lepas dgr ade group dari pasar seni da nk gerak istana negara baru ar gelabit sume nk undur tu yg ade ruang sikit tu..
nk gerak ke depan mmg x boleh fru bersepah..
so terpaksa msuk jln tunku abdul rahman pastu kuar kt jln raja laun dkt bgnn pkns..
kt sini lagi kne gemur gile babi nyer gempur..
bom asap tu jatuh mcm meteor aje..
yg x thn time dkat lrt bandaraya ar..
nk lari mmg x smpt so gua redha aje la kene sembur ngan fru..
nk lompat pagar,sungai kelang kt bawah..
isk3x..kalo gua nk catit pengalaman gua ari tuh..
smpai pak lah turun takhta x abes..

TheOddfather said...

weyh ade masa usha la blog aku..

http://utusanrakyat.blogspot.com/

gagak hitam said...

eh baik pengalaman hang tu dicatit semua...senang-senang nanti boleh dibukukan...

biar anak hang lain kali tau bapak dia penah redah bom asap selamba kambing je.

okok... gua akan rajin menodai blog hang tu.