Mar 13, 2008

Yang Berkhidmat... Wee Choo Keong

Takbir...

ALLAHUAKBAR!!!

Takbir...

ALLAHUAKBAR!!!

RE-FOR-MA-SI, RE-FOR-MA-SI, RE-FOR-MA-SI...

Itulah laungan di luar Dewan Komuniti Taman Ibukota setelah keputusan muktamad diumumkan, dimana penjumlahan undi Parlimen Wangsa Maju pada 8-Mac yang lepas telah mengambil tempat. Kegembiraan yang dicampur aduk dengan rasa riak melampau di setiap wajah mereka yang bertandang ke sana memang tidak boleh di-kontrol langsung. Hensem tak hensem, belakang kira. Yang penting parti Barisan Rakyat menang.

"Kita bukan pembangkang lagi, dik...kita bukan pembangkang lagi dah!!!!", jerit pakcik yang terpacak di tepi gua masa tu. Ketara sangat pakcik ini selalu join protes Reformasi kat KL dulu dulu tu. Pehhhh...memang tak nafi... betul lega rasanya apabila diorang umumkan En Wee Choo Keong sudah menang kerusi Parlimen Wangsa Maju. Maklumlah, kitorang nie dah mula berkumpul di luar Dewan ini sejak 7malam. Tapi keputusan muktamad hanya datang pukul 11malam.

Risau bai... dalam 4 jam menunggu... talipon kita tak henti-henti berdering (Maxis, Digi, Celcom...konfirm korang untung naik sejuta peratus dalam 3jam tu. SMS dan phonecall tak henti-henti). Asyik asyik dapat tau kawasan kawasan parlimen lain di Kolumpo dah konfirm Barisan Rakyat pegang. Tian Chua dah menang, Tan Kok Wai dah menang, Teresa Kok dah menang, Dr Lo'Lo' pun dah menang...tapi yang kat Wangsa Maju pulak masih tak nak diumumkan. Lagi sikit nak gila siut.

Tapi segala kerisauan telah terubat pabila kedengaran bunyi lantang dari dalam Dewan bertepuk tangan dah bersorak. Memang sah itu tanda kita dah menang. Pasal tak mungkin ia datang dari penyokong BN (penyokong BN yang sampai tak lebih 10 orang...diorang macam tau tau je dah kalah!).

Selama 13 hari kita semua bertungkus lumus hingga lewat malam... pasang bendera, lekat poster, jaga bilik gerakan, tandang ke ceramah, edar risalah, sorak hingga suara serak habis...semuanya kini sudah membuahkan hasil. Wooohooooo. tak sia-sia gua kena sound dengan boss pasal mengantuk bila time kerja.

Malam yang sempurna itu juga disempurnakan berlipat ganda lagi dengan berita mengenai Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah turut jatuh ke tangan Barisan Rakyat.

YB Wee YB Wee... harap harap hang boleh bawakkan kemajuan...bukan saja kat Wangsa Maju...tetapi jugak kat standard Parlimen kita yang dah macam sarkas dah.

3 comments:

bats said...

apa khabar bai? tahniah, tahniah.

otak gua agak jem la malam 8hb tu. baru recover.

tu la... 50 tahun dia buat taik ngan orang, satu kali kena balik bintang terus.

puas tul hati gua.

bats said...

apa khabar bai? tahniah, tahniah.

otak gua agak jem la malam 8hb tu. baru recover.

tu la... 50 tahun dia buat taik ngan orang, satu kali kena balik bintang terus.

puas tul hati gua.

Gagap Hitam said...

eh bats... gua pun dah gila lah. macibai.... gua betul tak tau nak buat apa dengan otak gua. memang tak boleh nak berfikir langsung. hang tengoklah sendiri.... mana ada gua post apa apa cerita sejak 3 bulan yang lepas ni!