Apr 1, 2008

Pos Malaysial

Dulu dulu tu kan.... masa gua masih mentah dan gilakan musik bawahtanah (underground)... memang selalu sangatlah gua ni main trade-trade barang menggunakan perkhidmatan pos.

10 kali kirim barang, konfirm 7 kali gua maki hamun si posmen punya. Mana taknya... kirim hari ini, lapan tahun kemudian baru penerima tu dapat barang. Memang lambat. Itu kalau yang lambat, belum kira lagi yang kena ripoff ngan diorang. Semua barang diorang nak rembat. Pantang sampul tu gemuk sikit...mulalah tangan diorang gatal nak kopek tengok isi kat dalam. Itulah Pos Malaysia kita kalau korang nak tau.

Sebenarnya, POS Malaysia tu patut pelajari cara SPR dan yang seangkatannya mengendalikan undi pos. Sama-sama ada nama Pos jugak kan? Tapi apsal yang satu lembap nak mampus, tapi yang satu tu pulak... betul punya cepat dalam mengendalikan 'surat-surat'...isk..kalah si Flash.

Dan pasal diorang cepat sangat bertindak...yang dah mati pun boleh diorang selamatkan. Bayangkan...si Khairy tu yang lepas kira undi... memang tengah kalah berbelas undi. Tapi pengiraan semula dia pulak boleh menang beribu-ribu undi. Apa halnya nie? Lawak Badul betul lah. Sama jugak kes bapak mertuanya. Menang sikit je mula-mula...tapi lepas kira semula...menang belasan ribu. Magik sungguh. David Blaine dan David Cooperfield pun kena tabik siut.

Gua dengar diorang semua pakai helikopter tentera untuk menghantar undi-undi pos nie ke destinasi tertentu masa pilihanraya tu. Eh alang-alang dah buat macam tu... terus je jual helikopter Nuri-Nuri kita (ataupun lebih terkenal dengan gelaran Keranda Terbang) kat Pos Malaysia. Bolehlah diorang buat hantar surat masa hari-hari biasa. Ini bagus untuk memperkuatkan sistem PosLaju beb. 'Dijamin Sampai Esok. Kalau Tak Nahaslah' sesuai sangat dijadikan slogan mereka kelak.

Dan sebagai memperingati keputusan pilihanraya yang cukup gemilang baru-baru ini, saya syor agar Pos Malaysia melancarkan setem-setem edisi terhad ala Perdana-Perdana Menteri kita (alahh...yang ada 4 keping tu... bermuka Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn dan Mahathir). Gua percaya...setem ini gerenti hangat. Sampaikan orang-orang dari Singapura pun berlumba-lumba nak beli.

Betul diharaplah Pos Malaysia akan mempertimbangkan cadangan gua ini. Kerana gua ini memang hobi kumpul setem. Paling gua suka setem yang ada gambar-gambar binatang dari seluruh dunia. Gua cuma tinggal 3 binatang nie je untuk melengkapkan koleksi gua. Tolonglah, Pos Malaysia...tolonglah gua ye!
*Zul...zul...hang ingat hang tu betul dah bagus sangat ke boleh jadi Menteri Wilayah Persekutuan. Apa kerja hang dengan jawatan tu.... Datuk Bandar pun buat kerja sama jugak. Ada baiknya hang letak jawatan je...dan jawatan tu sememangnya patut dilupuskan. Satu Kolumpo nie Pakatan Rakyat yang pegang...kau masih tak sedar diri nak bergelar menteri kuala lumpur? isk isk isk isk... Kawan omputih gua tanya gua asal mana...gua pun malu nak cakap gua ni orang Kolumpo.

2 comments:

MD said...

Kalau setem si Khairy tu diberi percuma pun saya reject. Kalau setem si Khairy diguna untuk kertas tandas, boleh juga.

Gagap Hitam said...

laaaa....seburuk buruk si beruk itu... dia ada jugak muka 5sen.

eh... tapi... gua rasa jubur sesiapa pun lagi suci dari muka beruk ini. memang gua tak syor sesapa guna sebagai tisu tandas!