Thomas Bata, anak kepada pencipta kasut Bata terkemuka telah meninggal dunia hari ini. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya jenama Bata ini bukannya keluaran tempatan. Malah gua sendiri pun tak sedar sehinggalah gua terserempak artikel mengenainya di Wikipedia beberapa tahun yang lalu (ya, wikipedia sememangya sumber rujukan paling caya abad ini. Ia menjadi sumber bacaan gua, daripada isu sejarah hinggalah senarai pelakon blue dan sebagainya).
Gua masih ingat masa gua kecik berhingus lagi...bapak gua belikan kasut Bata. Meraung gua tak henti henti... kerana tak nak pakai kasut tu. Mana taknya...gua rasa hina kaki gua beralaskan kasut Bata (time tu ingat Bata tu jenama tempatan....adik beradik Batu-Bata kot). Habis nak buat camana. Orang semua pakai LA Gear, Reebok, British Knight masa tu.... tapi bapak kita pulak belikan Bata. Apa kelas lah!
Tapi semua itu berubah apabila umur gua mencecah duapuluhan... masa tu barulah gua pandai menghargai kasut Bata yang sebegitu sempoi lagi unik dan tahan lama. Kira tahun ini, kasut Bata gua...yang bergelar Badminton Master (ataupun bebudak takraw panggil kasut 'killer' sudah pun menjangkau umur 7tahun.
Ia masih lagi elok dan penuh ciri-ciri tersendiri. Kasut lagenda Converse gua pun kena tabik kat Bata nie kalau gua letak diorang bersebelahan sia.
Dan sepanjang 7 tahun ini, gua sudah menapak dengan Bata gua ke Thailand, Indonesia, Singapura... dan juga macam-macam destinasi di Malaysia termasuk pendakian Gunung Kinabalu (err jalan-jalan kat kaki gunung je!).
Tapi bukan takat pergi adventure dan melancong je gua pakai kasut tu... gua pakai untuk main badminton, futsal, turun perhimpunan Hindraf & Bersih, dan berkempen pilihanraya untuk wakil parlimen gua juga. Siapa sangkat kasut yang berharga kurang daripada RM15 ringgit suatu masa dahulu boleh lagi dipakai selepas 7 tahun.
Kasut ini akan gua wariskan kepada anak gua pada masa depan. Biar diorang tahu... semahal-mahal kasut Nike, Adidas atau lain lain jenama sekalipun... tiada yang dapat menandingi Bata Badminton Master.
(Converse gua yang berharga RM69 suatu masa dahulu sudah pun pecah kat bahagian hadapan)
(Bata gua yang hanya berharga RM15 masih lagi gah macam Tembok Besar China. Tengok bahagian getah kat depan tu... putih melepak lagi. Macam baru keluar dari kedai lah)