Jul 21, 2009

Sumbelit

Maksud:
Sumber berita, maklumat dan lain-lain yang telah diputar-belit dengan kencang sekali.

Asal-Usul:
Memang bukan misteri alam semesta lagi bahawa 'sumbelit' ini sebenarnya berketurunankan 'sembelit'; satu perkataan yang dipandang hina kerana maksudnya yang bersangkutpaut dengan najis dan jubur.

Mutasinya menjadi 'sumbelit' mengambil tempat apabila media arus perdana mula dikawal dengan ketat oleh kerajaan Barisan Nasional. Tindakan BN ini yang melarang semua jenis berita yang tidak menyelebahi mereka disiarkan telah menyebabkan media-media ini menghidap masalah sembelit (berita dan maklumat tepat banyak yang masuk, tapi tak pernah-pernah siar keluar).

Untuk mengatasi masalah sembelit berita, media arus perdana telah sepakat-tak-membawa-berkat memutuskan untuk memutarbelit segala maklumat yang diorang ada, agar diorang dapat siarkan berita daripada tak buat apa-apa langsung, ataupun daripada kena gantung lesen.

Antara sumbelit-sumbelit terkenal ialah seperti Utusan Malaysia, The Star dan TV3. Dan menurut satu bancian tak bermodal baru-baru ini, orang ramai bertanggapan bahawa perkataan 'sumbelit' adalah 136,815 kali lebih hina daripada 'sembelit'. Begitulah adanya.

2 comments:

Malaysia said...

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL

Salam untuk pemilik blog, pembaca blog dan kawan-kawan yang saya hormati.

Mohon maaf.

Seperti yang kita tahu Akhbar Utusan Malaysia banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas. "TV3 dan Utusan Malaysia merupakan pakar putar belit terhebat di alam media."

Sedikit saya petik dari Blog DSAI

"Utusan Malaysia, sebagai lidah rasmi pemerintah khususnya Umno sewajarnya bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong perkauman, sejajar dengan konsep “Satu Malaysia” yang digagaskan oleh Perdana Menteri yang baru. Tetapi adalah sangat mendukacitakan, dalam keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, Utusan Malaysia masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik murahan." - sumber: http://anwaribrahimblog.com/2009/04/16/utusan-malaysia-jangan-jadi-penyebar-perpecahan-rakyat/

Hingga ke hari ini kita masih lagi belum melihat apa-apa perubahan yang dilakukan utusan malaysia.

Maka saya ingin menjemput sahabat-sahabat yang saya hormati untuk bersama-sama MEMBANTU menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.

Sila buka pelayar web baru dan pegi ke MyUtusanMalaysia.blogspot.com

Dengan ilmu dan pengalaman yang ada, anda boleh memberikan pandangan/komen untuk setiap artikel-artikel yang dikeluarkan oleh utusan malaysia setiap hari.

Mungkin dengan cara ini, pembaca-pembaca utusan malaysia yang lain akan mengetahui apa itu "Racun" dan apa itu "Penyebar Fikiran Rakyat".

Terima Kasih,

MyUtusanMalaysia.blogspot.com
UTUSAN MALAYSIA ONLINE + INTENSE DEBATE = MY UTUSAN MALAYSIA

GOMO said...

http://www.papagomo.com/2009/12/bukti-dan-fakta-wee-choo-keong-seorang.html