Sep 6, 2007

Malaysia, Truly Rasuah

Sejak kecik kat sekolah dulu, selalu sangatlah kita dengar cikgu semua cakap 'kepimpinan melalui tauladan'. Maksud perkataaan ini boleh jugaklah disamakan dengan peribahasa 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya, ataupun dalam versi saya 'bapak korek, anak suntik'.

Jadi tak hairanlah kalau yang kat atas sana semua dah pecah amanah, semua dah ambil rasuah; golongan kat bawah-bawah pun semua turut serta memeriahkan kegiatan ini.

Kejadian yang ingin diwartakan hari ini berlaku minggu lepas di suatu tempat letak kereta. Hari tu gua amat kaya. Pasal gua park kat tempat mahal gila. Baru 6 jam gua letak, bayaran parking gua ialah 32 ringgit. Cibai pantat betul.

Maka dengan hati yang serba tak rela, gua hulurlah duit keping RM50 kat attendan parking tu. Dia boleh pulak sound kat gua yang dia takde duit kecik. Habis macamana gua sound. Haih, nak dijadikan cerita.... duit kecik gua ada hanya RM21.

Terus brader tu sound, "Tu boss, lu ada berapa... RM21 ka? Takpe lah, boleh settle. Tapi saya tak bagi resit ye".

Lepas tu dia tersengih-sengih kat gua. Kira duit tu masuk poket dia la tu*.

Begitulah orang Malaysia. Setiap peluang nak pecah amanah dan makan rasuah dimanfaatkan sepenuhnya. Mesti korang ingat takat RM21 tu apalah sangat ye. Tak baik pikir camtu. Mana tau sekali budak parking tu jadi PM kita ke, maunya disonglap RM2.1billion.

Perkara macam ini kena dibendung, dan jangan biar ia berputik. Kalau tak gerenti ketagihan, dan seterusnya menjadi amalan hidup. Gua ingat lagi mak gua sound suruh jangan hisap rokok masa gua baru belajar merangkak. Dia kata lambat laun akan ketagih dan hisap dadah pulak. Tapi gua tak dengar. Gua bantai jugak rokok. Lepas tu gua dah besar terus ketagihan, tapi bukan ketagih dadah. Cuma ketagih hisap puting tetek je. Teruk jugak tu.

Sekarang ini kalau ditawarkan peluang kerja kat orang ramai, kepala otak diorang dah tak pikir... 'hmm...kerja ini masa depan cerah ke, ada peluang nak naik jawatan ke, kebajikan pekerja baik ke'... tapi yang diorang pikir ialah 'hmm... kerja ni ada chance nak makan suap ke, ada supplier nak hulur 'faedah' macam-macam ke, ada chance boleh curi tulang ke...'

Itu yang kelas bawah-bawah. Yang kat atas tu sama jugaklah. Tiap kali kalau PM umumkan projek pembangunan, mesti kontraktor dan kementerian berkaitan tersengih-sengih. Pasal terbuka lagi peluang untuk mengsonglap duit. Diorang tak pikir yang projek ini baik untuk masa depan negara, ataupun penting untuk pembangunan intelektual negara. Yang diorang ambil port ialah berapa sen yang diorang boleh songlap. Semua projek ini bagai lombong emas buat mereka.

Macamana negara nak maju macam ini. Duit pembangunan semua masuk poket sendiri. Gua paham kalau nak bendung gejala rasuah ini 100% memang tidak mungkin.

Tapi, sedarlah sikit Pak Lah, kitorang bukan nak kata songlap duit negara ini salah. Memang tak salah. Tapi kerja kenalah buat jugak. Janganlah songlap 8billion tapi buat kerja 8ribu ringgit. Hang tau apa benda 'Qi' itu.... Ying and Yang. Benda ini Tak boleh terganggu dan kena seimbang setiap masa.

Tengok macam Dr M kita dulu dulu, duit banyak jugak salur kat akaun dia dan kroni-kroninya, tapi pembangunan tetap berterusan. Negara tetap stabil. Dan kepentingan semua terjaga juga.

*Ya, gua memang tak nekad nak bayar jugak RM32. Sesungguhnya, memberi itu lebih baik daripada menerima. Rasuahlah anda sebelum anda dirasuahi. Petikan kali ini jugak didedikasikan kat seorang sarjan yang kantoi member gua memandu dalam keadaan mabuk. Member gua hulur RM1000 kat dia dan suruh settle pun dia tak nak. Akhirnya, member gua dihadapkan ke mahkamah dan kena denda RM1,500 (tapi gua tak menolak kemungkinan polis tu tau denda gerenti ialah RM1500, dan dia akan terima kalau member gua hulur RM1100, 1200, 1300 atau 1400).

10 comments:

Unknown said...

Gua rasa member hang tersalah faham maksud 'Pak Polisi' kita tu, semuanya berpunca daripada kesilapan teknikal ngan lencana anti rasuah kat baju dia orang tu. Slogan yang patut dicetak pada lencana tu adalah "Saya 'N'anti Rasuah", tetapi disebabkan masalah teknikal, huruf 'N' tidak tercetak pada lencana tu (kira 'typo' la) dan sebab duit untuk cetak lencana tu dah habis disonglap jadi dia orang pun lantak saje... Jadi member hang patut hulur duit tu lepas parking kat tepi, bukan kat tengah jalan... pasal tu la polis tu tak terima, nanti BPR nampak kang dua-dua pun kantoi... hahahaha!!!

Gagap Hitam said...

tu yang gua panas dengan polis.... gua dan member semua bukannya tak nak hulur rasuah kat diorang...

tapi perangai malu-malu kucing diorang yang buat gua angin siut...

nak buat jahat...tapi nak cover line... nak segan segan lagi... macam gampang.

Love is in the air bakes said...

...corruption everywhere! macam mana la negara ni akan maju???

Unknown said...

Hahahahahaha......

zewt said...

was asked to check out this blog... certainly not disappointed.

Rentaka said...

sempoi blog ko...

Gagap Hitam said...

sempoi kan elok tuu... tak yah nak pikir banyak sangat... hahaha

Rentaka said...

ko punya cakap ade asas tapi ade something missinglah...

Gagap Hitam said...

bagus betul kalau brader boleh bagitau apa yang missing.. bolehlah gua buat peningkatan...

tapi kalau brader maksudkan penghujahan gua tak cukup mendalam... maka itu tak kira la..kerana memang gua nak kasi sempoi je. gua malas nak sentuh mendalam sangat... buat sakit kepala je. dah banyak sangat dah orang yang menulis dengan penuh terperinci berserta fakta yang memulas kepala hotak..

blog gua berupa hiburan semata-mata. sesungguhnya politik itu lawak, kalau diambil serius, ke kuburlah alamatnya... hahaha

Rentaka said...

setujulah sgt sekiranya politik itu dikategorikan sebagai lawak jenaka...