Sep 2, 2008

Bata Yang Satu

Thomas Bata, anak kepada pencipta kasut Bata terkemuka telah meninggal dunia hari ini. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya jenama Bata ini bukannya keluaran tempatan. Malah gua sendiri pun tak sedar sehinggalah gua terserempak artikel mengenainya di Wikipedia beberapa tahun yang lalu (ya, wikipedia sememangya sumber rujukan paling caya abad ini. Ia menjadi sumber bacaan gua, daripada isu sejarah hinggalah senarai pelakon blue dan sebagainya).

Gua masih ingat masa gua kecik berhingus lagi...bapak gua belikan kasut Bata. Meraung gua tak henti henti... kerana tak nak pakai kasut tu. Mana taknya...gua rasa hina kaki gua beralaskan kasut Bata (time tu ingat Bata tu jenama tempatan....adik beradik Batu-Bata kot). Habis nak buat camana. Orang semua pakai LA Gear, Reebok, British Knight masa tu.... tapi bapak kita pulak belikan Bata. Apa kelas lah!

Tapi semua itu berubah apabila umur gua mencecah duapuluhan... masa tu barulah gua pandai menghargai kasut Bata yang sebegitu sempoi lagi unik dan tahan lama. Kira tahun ini, kasut Bata gua...yang bergelar Badminton Master (ataupun bebudak takraw panggil kasut 'killer' sudah pun menjangkau umur 7tahun.

Ia masih lagi elok dan penuh ciri-ciri tersendiri. Kasut lagenda Converse gua pun kena tabik kat Bata nie kalau gua letak diorang bersebelahan sia.

Dan sepanjang 7 tahun ini, gua sudah menapak dengan Bata gua ke Thailand, Indonesia, Singapura... dan juga macam-macam destinasi di Malaysia termasuk pendakian Gunung Kinabalu (err jalan-jalan kat kaki gunung je!).

Tapi bukan takat pergi adventure dan melancong je gua pakai kasut tu... gua pakai untuk main badminton, futsal, turun perhimpunan Hindraf & Bersih, dan berkempen pilihanraya untuk wakil parlimen gua juga. Siapa sangkat kasut yang berharga kurang daripada RM15 ringgit suatu masa dahulu boleh lagi dipakai selepas 7 tahun.

Kasut ini akan gua wariskan kepada anak gua pada masa depan. Biar diorang tahu... semahal-mahal kasut Nike, Adidas atau lain lain jenama sekalipun... tiada yang dapat menandingi Bata Badminton Master.

(Converse gua yang berharga RM69 suatu masa dahulu sudah pun pecah kat bahagian hadapan)

(Bata gua yang hanya berharga RM15 masih lagi gah macam Tembok Besar China. Tengok bahagian getah kat depan tu... putih melepak lagi. Macam baru keluar dari kedai lah)

8 comments:

gengbuah said...

gua pon tak tahu Bata ni bukan Mesia..hahaa...tapi tahan lama tul kasul lu ber..lu taruk bahan awet mayat ker..haha..kasut gua setahun lebey ja dah reput..

Team Sauk said...

la ni wa pun beli anak2 kasut bata.. wa dulu pakai pallas jazz jer... huhuhuhuhu

Gagap Hitam said...

pallas jazz tu pun kasut lagenda bai... satu geng dengan kasut fung keong, warrior....

heran benar apsal orang orang kita tak bangga ngan kasut tempatan.

shakirabid said...

wa ingat lagi bro...
dulu kasut bata buat main takraw memang power...
sampai sekarang bata keluarkan pulak kasut power...
lawa-lawa juga...
...masa kat UPM dulu member wa gelak sebab wa sorang pakai kasut power masa subjek PJ...
tapi dengan kasut tu la wa dapat kredit dari pensyarah wa...
wa sekarang ada usya2 jugak lagi kat bata...
bravo BATA.

Gagap Hitam said...

ya memang power. dulu penguasaan kasut ini cuma terhad kat sekolah dan main takraw je.

tapi sekarang... kasut ini boleh turun disko jugak. Entah dah berapa awek diayat oleh gua hanya dengan memakai kasut ini di kaki. Yeeeehahhhhhh!!!

bats said...

tsk tsk... memang menyayat hati tul citer bata ni. tapi betul apa hang citer, bata memang sempoi.

hubahuba said...

bilew pulak org malaysia nak ade kasut sendiri? asyik2 import teknologi luar je...

Gagap Hitam said...

import teknologi itu sebenarnya baik. sambil kita import, kita curi belajar benda benda orang. technology transfer.

tapi, biasanya orang kita nie memang transfer bulat bulat je. lepas tu tak improve dah. macamana nak maju. pui.