May 21, 2007

Bocor? Pakai Pampers La...

Bocor, bocor, bocor. Dulu kalau cerita bocor, hanya pasal soalan SPM, SRP, PMR bocor je yang masuk berita. Tapi sekarang nie... siling bocor pun dijadikan isu negara. Malulah kalau orang luar tu ikuti perkembangan semasa di negara ini.

Ramai orang kata, ahli politik ni otaknya bocor. Tapi aku selalu (pura-pura) menyangkal pendapat itu. Kerana ahli politik ini semuanya wakil rakyat. Mana boleh otak bocor. Kalau bocor, masakan dia orang boleh jadi ahli politik?

Tetapi kebocoran otak mereka teramatlah ketara, seketara dalang di sebalik kematian Altantuya. MP Jasin dan Kinabatangan, dengan aksi main lepas cakap mereka telah menimbulkan ketegangan di kalangan kaum Hawa tempatan. Ya, memanglah diorang dah meminta maaf atas kesilapan mereka. Tetapi, jika diambil kira penjelasan yang dikemukakan mereka, kita dapat nilai bahawa maaf mereka hanya sekadar maaf di luaran sahaja.

Mereka tetap mempertahankan bahawa kata-kata 'bocor' mereka, hanya menjaga kepentingan, dan kewibawaan pucuk pimpinan daripada dakwaan tak berasas parti pembangkang semata-mata. Geli hati aku membaca kenyataan begini. Mungkinkah Din Beramboi tokguru lawak mereka...

Mempertahankan kewibawaan dan kepentingan memang betul. Tapi biarlah ia masih dalam kontek yang dibahaskan. Ini main lepas cakap, dah tu ingat boleh lepas diri. Apa MP Jasin tu ingat kita boleh 'tutup satu telinga' ke? Diorang ini semuanya suara rakyat... kalau tidak bertanggungjawab keatas komen mereka, macamana kita boleh harapkan mereka menyuarakan isi hati rakyat.

Hmmm... ingat lagi tak komen kerajaan terhadap blogger-blogger tempatan? Diorang kata blogger suka atau sengaja menulis isu-isu sensitif...dengan harapan ia akan menjadi kontroversi. Dan kemudiannya, blog mereka akan diberitakan di media tempatan. Akhirnya, blogger mencipta nama mereka di Malaysia.

Gua rasa para MP sekalian kat Parlimen pun dua kali lima lah (kalau kita mengambil kira apa yang didakwa oleh kerajaan mengenai blogger itu betul). Bayangkan...ramai MP kat Parlimen tu. Semua orang punya suara yang sama kat dalam sana. Satu-satunya cara untuk orang (khususnya media) memberi perhatian kat awak, ialah dengan mencetuskan kontroversi.

Lebih baik kalau kontroversi yang tercetus adalah disebabkan kita mempertahankan prinsip parti. Konfirm semua media lapor berita sebegini. Dan apabila rakyat umum yang berupa penyokong parti tersebut membaca berita ini, sokongan mereka terhadap MP itu bertambah kuat. Mereka akan kata.."Wah si siapa ini baguslah. Berani menyuarakan pendapat dia. Demi kepentingan parti, blablablabla...."

Iyelah tu. Publisiti murah la katakan.


Sesungguhnya, tiada satu publisiti pun yang boleh dianggap buruk. Publisiti tetap publisiti. Fikir-fikirkanlah ye.

1 comment:

Ckyeo said...

majulah blog untuk negara dan diri anda!