May 28, 2007

Doc Mart Selamanya

Cuaca buruk ni buat semua macam benda pun buruk. Kesihatan aku pun dalam keadaan yang terburuk mungkin. Ni dah pun masuk 5 hari aku demam. Tak kebah-kebah lagi. Macam nak mati je...

Tapi cakap pasal mati ini, minggu lepas gua ternampak idola-idola gua zaman kecik-kecik dulu. Siapa lagi kalau bukan Kurt Korban, Joey Ramone, Sid Vicious dan Joe Strummer. Ah manis sungguh, terkenang kembali gaya poyo gua masa mula-mula nak berjinak dengan muzik diorang. Tak lupa kaset kosong TDK dan Sony di-dub lapanbelas ribu kali dengan pelbagai album muzik macam ini. Maklumlah, dulu sebatang rokok pun tontong lapan orang, inikan pula nak belik kaset ori yang harganya belasan ringgit.

Pasal idola nie, ya diorang dihidupkan dalam siri iklan terbaru daripada Doc Mart. Iklan ini diperkenalkan di UK. Dalamnya, dipaparkan idol-idola ini yang kelihatan seperti malaikat syurga. Pesanannya cukup ringkas - hanya Doc Mart 'Forever'. Agensi yang bertanggungjawab atas iklan ini berkata mereka dapat tahu idola-idola ini memang memakai kasut Doc Mart sebelum ini. Lantas mereka menghasilkan idea ini untuk menunjukkan but ini betul betul lasak dan masih dipakai di akhirat. Betul sial la omputih nie semua... orang dah mati pun tak aman...kena pakai jugak Doc Mart tu ke akhirat. Haha. Tapi, gua memang suka dengan idea-idea ini. Bukannya pasal diorang pakai gambar orang mati. Tapi pasal pengaitan lagenda-lagenda muzik begini dengan Doc Mart. Sesungguhnya Doc Mart nie, kalau takde sepasang memang tak lengkap la ke-rock-kan kita zaman dulu tu. Terima kasih kepada brader-brader bundle kerana membolehkan gua yang papa kedana ini masih mampu memiliki Doc Mart.

Courtney Love, si bini tak siuman Kurt Korban, membuat pengaduan bahawa iklan iklan ini merupakan penghinaan buat suaminya. Hina tak hina gua tak tau la...yang gua tau Doc Mart gua tu tiba-tiba kembali bersinar semula.

Kerana ia masih dihargai, dan tetap akan berharga walaupun dunia sekarang sibuk dengan kasut-kasut bodoh crossover yang mahal nak mampus.

No comments: