May 31, 2007

Warisan Apakebendanya?

Bahagian 1
Kalau lu orang memandu sepanjang Jalan Pahang, di mukim Setapak itu, lu orang mungkin tak akan tertarik dengan sebuah masjid yang terletak di bahu jalan itu. Malah, lu orang mungkin tak sedar pun adanya sebuah masjid di situ walau dah lapan juta kali lalu jalan tu. Masjid itu, yang dikenali sebagai Masjid Jamiul Ehsan, dibina pada tahun 1939.

Berikutnya ialah satu petikan akhbar mengenai masjid itu:

Berita Harian 7 SEP 2005

…Mengenai Masjid Jamiul Ehsan, Setapak, yang didakwa akan dirobohkan selepas masjid baru siap dibina, Dr Rais Yatim berkata, kementeriannya akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menghalang usaha itu.

“Kita akan melaporkan kepada Kabinet dan jika dipersetujui, masjid ini akan dirizab sebagai bangunan warisan tetapi kita juga akan meneliti beberapa faktor lain antaranya bencana alam dan lalu lintas,” katanya.

Bahagian 2
Kalau lu orang memandu sepanjang Jalan Ampang dulu-dulu tu, sedulu sebelum jentolak merobohkannya, anda mungkin akan tertarik dengan sebuah rumah kolonial yang tersergam indah di tengah-tengah pusat komersial kota. Rumah itu, dikenali sebagai Rumah Bok, dibina pada tahun 1929.

Rasanya gua tak payah nak masukkan petikan berita mengenai ulasan daripada si Yatim mengenai rumah Bok la ye. Semua dah sedia maklum kalau ikut berita hujung tahun lepas.

Bahagian 3
Sebenarnya, gua nie bukannya pakar sejarah, ataupun pakar bangunan, atau apapun, tapi jika dilihat dari segi kesenian bangunan, rasa-rasanya Rumah Bok itu lebih berhak dikelaskan sebagai bangunan warisan, bukan?

Masjid baru yang 8kali lebih besar telah siap dibina di belakang Masjid Jamiul. Ni yang kat depan nie tak kasi roboh tak apa, tapi diorang siap mempercantikkannya lagi! Pening gua…

Seperkara lagi. Sekarang nie ada projek Duta-Ulu Kelang Expressway. Projek ini kebetulan akan termakan ke area Masjid Jamiul tu. Memang kat tepi jelah palang-palang konkrit tu terpacak. Diorang tak jugak roboh masjid tu untuk pembangunan…

Bahagian 4
Boleh tak siapasiapa tampil kat depan nie... bagitau macamana nak kelaskan suatu banguanan itu 'bangunan warisan'? Adakah semata-mata ia memenuhi agenda tersendiri, ataupun memang ada garispanduan untuk menentukannya?


Aiii…tetiba ni rasa nak je sekeh kepala sorang sorang nie…

2 comments:

azwan said...

gua rasa kalo bangunan nak dikira warisan ni bangunan yg ada sejarah silam tertentu. tapi gua pun heran la.. apa pasai masjid baru bina dekat je, yg lama nak kekal. nanti orang nak semayang kat mana satu? konpius gua

tommy said...
This comment has been removed by the author.