Oct 30, 2007

Berenang-Renang Ke Hulu, Berakit-Rakit Ke Tepian; Bersenang-Senang Dulu, Bersakit-Sakit Kemudian.

Maksud:
Tak kira walau hidup susah kelak, janji dapat menikmati kemewahan dan kesenangan dahulu.

Contoh Ayat:
Eh Sharil, awal bulan dapat gaji kau hidup betul punya mewah. Dunhill besar tak pernah tinggal tangan. Masuk tengah bulan je, budget dah lari kau pulak tukar hisap Winston dan L&M. Dah tu sekarang hujung bulan pulak sibuk nak pau rokok gua! Sampai bila kau nak berenang-renang ke hulu, berakit-rakit ke tepian; bersenang-senang dulu, bersakit-sakit kemudian?

Laa..tak nak bagi rokok cakap je tak nak bagi rokok, Man oi.. toksah hang nak ceramah agama kat gua pulak. Suka hati gua lah nak hisap rokok Dunhill awal bulan, nak makan nasi putih berlaukkan kuah kari dan minum air kosong je masa hujung bulan. Kerajaan tak sound pun. Kau apa susah. Nanti gua boleh mintak loan beli rokok! Puii....

2 comments:

bats said...

alamak... ini macam kisah gua kat universiti dulu je.

gagak hitam said...

kakakaka..... biasa lah kalau time universiti ke, kolej ke...itu semua time belajar lagi... gua pun macam tu jugak. duit mak bapak la katakan...

tapi ni hah, yang dah kerja pun tak ubah-ubah perangai lagi...

asyik asyik nak advance gaji dari bos. siap ada yang sampai 4bulan advance gaji. tapi kerja tak advance advance pun.