May 31, 2007

Warisan Apakebendanya?

Bahagian 1
Kalau lu orang memandu sepanjang Jalan Pahang, di mukim Setapak itu, lu orang mungkin tak akan tertarik dengan sebuah masjid yang terletak di bahu jalan itu. Malah, lu orang mungkin tak sedar pun adanya sebuah masjid di situ walau dah lapan juta kali lalu jalan tu. Masjid itu, yang dikenali sebagai Masjid Jamiul Ehsan, dibina pada tahun 1939.

Berikutnya ialah satu petikan akhbar mengenai masjid itu:

Berita Harian 7 SEP 2005

…Mengenai Masjid Jamiul Ehsan, Setapak, yang didakwa akan dirobohkan selepas masjid baru siap dibina, Dr Rais Yatim berkata, kementeriannya akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menghalang usaha itu.

“Kita akan melaporkan kepada Kabinet dan jika dipersetujui, masjid ini akan dirizab sebagai bangunan warisan tetapi kita juga akan meneliti beberapa faktor lain antaranya bencana alam dan lalu lintas,” katanya.

Bahagian 2
Kalau lu orang memandu sepanjang Jalan Ampang dulu-dulu tu, sedulu sebelum jentolak merobohkannya, anda mungkin akan tertarik dengan sebuah rumah kolonial yang tersergam indah di tengah-tengah pusat komersial kota. Rumah itu, dikenali sebagai Rumah Bok, dibina pada tahun 1929.

Rasanya gua tak payah nak masukkan petikan berita mengenai ulasan daripada si Yatim mengenai rumah Bok la ye. Semua dah sedia maklum kalau ikut berita hujung tahun lepas.

Bahagian 3
Sebenarnya, gua nie bukannya pakar sejarah, ataupun pakar bangunan, atau apapun, tapi jika dilihat dari segi kesenian bangunan, rasa-rasanya Rumah Bok itu lebih berhak dikelaskan sebagai bangunan warisan, bukan?

Masjid baru yang 8kali lebih besar telah siap dibina di belakang Masjid Jamiul. Ni yang kat depan nie tak kasi roboh tak apa, tapi diorang siap mempercantikkannya lagi! Pening gua…

Seperkara lagi. Sekarang nie ada projek Duta-Ulu Kelang Expressway. Projek ini kebetulan akan termakan ke area Masjid Jamiul tu. Memang kat tepi jelah palang-palang konkrit tu terpacak. Diorang tak jugak roboh masjid tu untuk pembangunan…

Bahagian 4
Boleh tak siapasiapa tampil kat depan nie... bagitau macamana nak kelaskan suatu banguanan itu 'bangunan warisan'? Adakah semata-mata ia memenuhi agenda tersendiri, ataupun memang ada garispanduan untuk menentukannya?


Aiii…tetiba ni rasa nak je sekeh kepala sorang sorang nie…

May 28, 2007

Doc Mart Selamanya

Cuaca buruk ni buat semua macam benda pun buruk. Kesihatan aku pun dalam keadaan yang terburuk mungkin. Ni dah pun masuk 5 hari aku demam. Tak kebah-kebah lagi. Macam nak mati je...

Tapi cakap pasal mati ini, minggu lepas gua ternampak idola-idola gua zaman kecik-kecik dulu. Siapa lagi kalau bukan Kurt Korban, Joey Ramone, Sid Vicious dan Joe Strummer. Ah manis sungguh, terkenang kembali gaya poyo gua masa mula-mula nak berjinak dengan muzik diorang. Tak lupa kaset kosong TDK dan Sony di-dub lapanbelas ribu kali dengan pelbagai album muzik macam ini. Maklumlah, dulu sebatang rokok pun tontong lapan orang, inikan pula nak belik kaset ori yang harganya belasan ringgit.

Pasal idola nie, ya diorang dihidupkan dalam siri iklan terbaru daripada Doc Mart. Iklan ini diperkenalkan di UK. Dalamnya, dipaparkan idol-idola ini yang kelihatan seperti malaikat syurga. Pesanannya cukup ringkas - hanya Doc Mart 'Forever'. Agensi yang bertanggungjawab atas iklan ini berkata mereka dapat tahu idola-idola ini memang memakai kasut Doc Mart sebelum ini. Lantas mereka menghasilkan idea ini untuk menunjukkan but ini betul betul lasak dan masih dipakai di akhirat. Betul sial la omputih nie semua... orang dah mati pun tak aman...kena pakai jugak Doc Mart tu ke akhirat. Haha. Tapi, gua memang suka dengan idea-idea ini. Bukannya pasal diorang pakai gambar orang mati. Tapi pasal pengaitan lagenda-lagenda muzik begini dengan Doc Mart. Sesungguhnya Doc Mart nie, kalau takde sepasang memang tak lengkap la ke-rock-kan kita zaman dulu tu. Terima kasih kepada brader-brader bundle kerana membolehkan gua yang papa kedana ini masih mampu memiliki Doc Mart.

Courtney Love, si bini tak siuman Kurt Korban, membuat pengaduan bahawa iklan iklan ini merupakan penghinaan buat suaminya. Hina tak hina gua tak tau la...yang gua tau Doc Mart gua tu tiba-tiba kembali bersinar semula.

Kerana ia masih dihargai, dan tetap akan berharga walaupun dunia sekarang sibuk dengan kasut-kasut bodoh crossover yang mahal nak mampus.

May 21, 2007

Bocor? Pakai Pampers La...

Bocor, bocor, bocor. Dulu kalau cerita bocor, hanya pasal soalan SPM, SRP, PMR bocor je yang masuk berita. Tapi sekarang nie... siling bocor pun dijadikan isu negara. Malulah kalau orang luar tu ikuti perkembangan semasa di negara ini.

Ramai orang kata, ahli politik ni otaknya bocor. Tapi aku selalu (pura-pura) menyangkal pendapat itu. Kerana ahli politik ini semuanya wakil rakyat. Mana boleh otak bocor. Kalau bocor, masakan dia orang boleh jadi ahli politik?

Tetapi kebocoran otak mereka teramatlah ketara, seketara dalang di sebalik kematian Altantuya. MP Jasin dan Kinabatangan, dengan aksi main lepas cakap mereka telah menimbulkan ketegangan di kalangan kaum Hawa tempatan. Ya, memanglah diorang dah meminta maaf atas kesilapan mereka. Tetapi, jika diambil kira penjelasan yang dikemukakan mereka, kita dapat nilai bahawa maaf mereka hanya sekadar maaf di luaran sahaja.

Mereka tetap mempertahankan bahawa kata-kata 'bocor' mereka, hanya menjaga kepentingan, dan kewibawaan pucuk pimpinan daripada dakwaan tak berasas parti pembangkang semata-mata. Geli hati aku membaca kenyataan begini. Mungkinkah Din Beramboi tokguru lawak mereka...

Mempertahankan kewibawaan dan kepentingan memang betul. Tapi biarlah ia masih dalam kontek yang dibahaskan. Ini main lepas cakap, dah tu ingat boleh lepas diri. Apa MP Jasin tu ingat kita boleh 'tutup satu telinga' ke? Diorang ini semuanya suara rakyat... kalau tidak bertanggungjawab keatas komen mereka, macamana kita boleh harapkan mereka menyuarakan isi hati rakyat.

Hmmm... ingat lagi tak komen kerajaan terhadap blogger-blogger tempatan? Diorang kata blogger suka atau sengaja menulis isu-isu sensitif...dengan harapan ia akan menjadi kontroversi. Dan kemudiannya, blog mereka akan diberitakan di media tempatan. Akhirnya, blogger mencipta nama mereka di Malaysia.

Gua rasa para MP sekalian kat Parlimen pun dua kali lima lah (kalau kita mengambil kira apa yang didakwa oleh kerajaan mengenai blogger itu betul). Bayangkan...ramai MP kat Parlimen tu. Semua orang punya suara yang sama kat dalam sana. Satu-satunya cara untuk orang (khususnya media) memberi perhatian kat awak, ialah dengan mencetuskan kontroversi.

Lebih baik kalau kontroversi yang tercetus adalah disebabkan kita mempertahankan prinsip parti. Konfirm semua media lapor berita sebegini. Dan apabila rakyat umum yang berupa penyokong parti tersebut membaca berita ini, sokongan mereka terhadap MP itu bertambah kuat. Mereka akan kata.."Wah si siapa ini baguslah. Berani menyuarakan pendapat dia. Demi kepentingan parti, blablablabla...."

Iyelah tu. Publisiti murah la katakan.


Sesungguhnya, tiada satu publisiti pun yang boleh dianggap buruk. Publisiti tetap publisiti. Fikir-fikirkanlah ye.

May 14, 2007

Tepuk Dada Tanya Selera (versi kemaskini)

Maksud:
Teman wanita atau bakal isteri seorang lelaki di zaman ini biasanya ditentukan melalui penampilan fizikal, seperti saiz buah dada dan lain-lain.

Contoh Ayat:
Eh Sani, kau dah pikir betul-betul ke nie? Nak ambil si Tipah tu jadi isteri? Dia tu gua dengar agak rambang sikapnya. Kau dah ke tepuk dada tanya selera?

Laa, aku bukannya nak tidur dengan sikap dia. Yang aku nak badannya. Dah tu, bukan takat tepuk je, aku dah raba, jilat dan lain-lain lagi kat dada dia. Confirm sesuai selera gua. Barang dia memang besar dan tiptop lagi. Jangankan aku, anak aku lain kali pun takkan kebulurlah!

Kembali Mengarut

Pemergian kawan selaku tok guru gua di bulan lepas telah meninggalkan tamparan besar kat diri gua. Tamparan ini mengingatkan gua kat penampar mak gua yang biasanya hinggap kat muka tiap kali gua ingkar katanya. Memang cukup mendalam kesannya.

Selama sebulan itu, gua cukup sesat. Dan kesunyian. Seolah-olah perasaan kaki botol yang hiba jikalau kerajaan menurunkan perintah mengharamkan segala minuman keras. Saya cukup kesal kerana saya tidak sempat mem-parasit-kan lebih banyak ilmu daripadanya. Memang takkan habis dipelajari daripadanya, walaupun gua mendedikasikan 10tahun kat dirinya.

Tapi memang inilah sikap manusia. Masa orang tu masih ada, kita tak menghargai sangat. Saat dia dah masuk liang lahad, baru nak kesal.

OK. Cukup sudah rintihan gua yang takkan ada hujungnya. Gua akan terus mengarut di laman ini, kerana gua tau dia akan ada internet di akhirat tu. Dan dia akan melayar laman ini setiap kali ada post baru.

Selamat.

May 7, 2007

Tamat Kabung

Esok genap sebulan gua berkabung... sebagai tanda hormat kepada member gua yang sudah meninggal dunia. Dalam sebulan ini, saya melarang diri daripada sebarang aktiviti hiburan, ini termasuk mengarut kat sini. Kerana karut gua juga dikira hiburan juga.

Aih...rindu sungguh gua kat gelak dan lawak bangsat kau tu. Apsal la time kau belah tak bagi salam dulu kat gua? Kau kat mana sekarang nie? Tengah layan stout ke apa hah???