Sep 15, 2010

Contoh Jawapan Karangan UPSR (2)

SILA RIWAYATKAN KISAH ANDA SEBAGAI SEKEPING KAD KREDIT DALAM KARANGAN TIDAK KURANG DARIPADA LAPAN PERKATAAN. MASA: 1 JAM
____________________________________________________________

Kad kredit; benda yang digilakan manusia sejagat. Ia juga pemangkin keborosan insan yang tiada tandingannya. Ramai yang memuaskan nafsu materialisme mereka dengan kad kredit di tangan. Dan kerana kuasa yang ada pada kad kredit, ramai beranggapan hidup sebagai sekeping kad kredit amatlah bermakna dan bergaya.

Tetapi, apa yang ingin saya kisahkan di sini akan membuka mata anda semua, dan memadamkan segala gambaran mewah dan senang kehidupan sekeping kad kredit …

Inilah riwayat hidup saya.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga berada yang berdarjat Platinum. Kalau diikutkan pangkat kad kredit, inilah darjat yang tertinggi sekali yang mungkin diperolehi sekeping kad kredit. Kerana saya berdarah Cina, India, Melayu dan Bangla…. saya diberikan nama CIMB Platinum Card.

Sejak kecil lagi… saya telah dihantar ke institusi perbankan tersohor di Malaysia, untuk menuntut ilmu dan belajar menjadi kad kredit yang berjaya. Ini merupakan masa yang paling saya hargai, kerana saya bukan saja berpeluang menimba ilmu, malah dapat berkenalan dengan kad kad kredit yang lain.

Untuk pengetahuan sekalian, masa yang paling dinanti-nantikan oleh kita sebagai kad kredit ialah pabila kita dipohon orang. Ini bagaikan zaman akil baligh buat budak kecil, menunggu untuk disunat dan bergelar orang dewasa.

Saya masih ingat lagi hari itu. Bapa saya menghulurkan fail pemohon itu kepada saya, dan bertanya pendapat saya, samada saya setuju untuk menjadi kad kreditnya. Pemohon saya ini, orangnya hensem belaka dan berprofesion peguam. Bulan-bulan gaji masuk RM46 ribu tak lari. Wah, fikir saya. Ini memang calon yang baik untuk diriku. Tanpa berlengah lagi… saya pun menyetujui pemohonan itu dan bersiap sediakan diri untuk dihantar kepada tuan baru saya.

Dengan menumpang perkhidmatan Pos Laju yang memang tak boleh diharap, saya selamat sampai di pejabat tuan baru saya. Raut wajahnya gembira tak terkata-kata apabila melihat ketibaan saya di tangannya. Terus saya dipegang dengan dengan penuh intim, dan dimasukkannya ke dalam dompet.

Ketika itu, agak terkejut juga saya… apabila melihat keadaan kad-kad kredit lain di dompetnya…..

KITA BERHENTI SEBENTAR UNTUK PESANAN PENAJA ….

Unta! Unta! Unta! Unta!
Guna Minyak Penenang Cap Unta!
Dan tenangkan awek yang meronta
akibat anda tak beli apa yang dia minta!
Minyak Penenang Cap Untataaaaaaaaaa!
Pilihan No.1 Suami Yang Tak Ingin Menderita!

TERIMA KASIH KERANA MASIH MENGIKUTI KAMI. TANPA BERLENGAH LAGI, MARI KITA TERUSKAN MEMBACA …

Ketika itu, agak terkejut juga saya… apabila melihat keadaan kad-kad kredit lain di dompetnya. Kerana permukaan mereka bercalar-calar. Tulisan dan cetakan pada permukaan mereka juga sudah tidak jelas. Mereka bagaikan didera.

“Ahhh, apa saya takut. Jelas sekali mereka ini tak boleh pakai. Sebab itu tuan baru aku mencalar calarkan mereka untuk menunjuk perasaan!”, fikir gua masa itu. Hari hari berikutnya, saya menunggu dengan penuh sabar, menanti peluang untuk berkhidmat untuk tuan baru aku ini. Apakah yang akan dibelinya menggunakan aku? LV? Hermes? Ataupun kereta baru? Ataupun spa berayam cina yang diiklankan di internet? Betul syok saya memikirkan perkara-perkara begini.

Sehinggalah ke suatu hari yang tidak ku ingat hari apa. Tuan saya mengeluarkan saya daripada dompet. Saat itu, memang megah rasanya. Kerana saya sudah boleh melaksanakan tanggungjawab saya sebagai sekeping kad kredit.

Ditariknya keluar dari dompet, saya sempat menoleh sekitar. Tapi permandangannya cukup merunsingkan. Kerana saya sekarang bukan di kedai atau butik apa-apa. Saya masih di rumah tuan baru saya, kenapa pula dia nak mengeluarkan saya untuk diguna di rumah.

Belum sempat saya mengemukakan hipotesis saya, saya ditekan ke permukaan meja kaca, dan ditenyeh dengan tangan sambil ditarik ke depan dan kebelakang. ARGGHHHHHHHH! Sakitnya badan saya. Rasanya bagai digeserkan dengan serpihan kaca-kaca keras pada permukaan saya. Badan saya penuh bercalar. Dan cetakan CIMB pada diri saya hanya tinggal CB. “Betul CIBAI tuan gua ini. Apa yang dia buat tu, sehingga menjahanamkan diriku yang serba lawa. Setelah lama tuan saya menggunakan saya untuk perbuatan gasar itu, saya diletakkan di tepi, dan kemudiannya Tuan saya menggunakan penyedut minuman yang telah dipotong pendek, dan menyedut serbuk-serbuk putih itu kedalam lubang hidungnya yang penuh bulu. Macam gampang…

Tetapi, ini hanyalah permulaan mimpi ngeri saya …

Sudah 3 minggu saya bertuankannya, dan menerusi maklumat yang diberikan oleh kad kredit lain yang tinggal sedompet, baru saya tahu bahawa Tuan saya itu kaki Ketamine. Dia hanya menggunakan kad-kad kredit untuk ‘memproses’ dadahnya itu agar ia halus disedut hidungnya.

Apalah nasib saya ini, mendapat Tuan sebegini. Tuan yang kaki dadah. Tuan yang tidak menggunakan kad kredit dengan cara yang halal. Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin saya sampaikan di sini, tapi berkat kegigihan Tuan saya menggunakan saya untuk kegiatan dadahnya telah membuatkan saya pun ketagih sekali.

Ok lah brader…saya perlu kena satu shot dulu sebelum saya menjadi tidak waras. ….sekian terima kasih.

Majulah kad kredit untuk Negara.

6 comments:

Cat Feeder said...

WOI!!!

Cerita apa yang ko tulis ni?

Dah aku gelak sorang2 kat ofis pagi2 buta ni.. Nanti orang aku giler..

Nurulhuda Helisal said...

hebat owh...karangan ko...
hahahaha....

Unknown said...

Ini tak karangan autobiografi upsr.tak bagus pun.

Unknown said...

Ini tak karangan autobiografi upsr.tak bagus pun.

Unknown said...

Ini Tak karangan...... wasted of time

Unknown said...

Puspamalr03@gmail.com. This not essay wasted time for student