Sep 4, 2010

Puasa Dan Porno

Gua musykil...betul betul musykil. Apasal line internet gua laju gila semenjak bulan puasa bermula? Kalau dulu nak streaming video, gua kena pergi main pingpong dua jam, mandi dan balik rumah baru dapat tengok satu video...tapi sekarang cuma 'press&play'. tak payah nak tunggu tunggu lagi. Gua tengok bil internet gua sama juga macam bulan bulan yang lepas. Takdelah caj lebih mahal. Dan seingat gua, mak gua belum lagi menunaikan hasrat gua untuk tukar ke perkhidmatan Unifi.

Hmmm...mungkinkah semua ini disebabkan orang-orang kita tidak melayari laman porno, atau muatturun cerita blue untuk menghormati bulan ramadan yang mulia ini?

Maklumlah... ada laporan sebulan dua yang lepas mengatakan aktiviti riadah paling diminati orang melayu sekarang ialah melayari laman laman blue dan yang seangkatan dengannya.

Kalau betul ini sebabnya, gua harap kita panjangkan lagi bulan puasa ni ... masa tu bukan internet saja yang laju, gejala maksiat pun berkurangan jadinya.

No comments: