Sep 1, 2010

Iklan Merdeka dan Semangat Racist

Aku dok perhati semalam kat akhbar The Star... bukan main banyak lagi iklan-iklan Merdeka keparat...err Korporat...yang semuanya bertemakan perpaduan kaum. Aku heran sebenarnya... apsal diorang semua nak tunjuk melayu, cina dan india main sesama, makan sesama,dan yang sewaktu dengannya. Gua rasa ini betul macam ajar itik berenang lah, ataupun ajar polis makan rasuah. Buang masa, buang duit. Pasal kitorang dah tau dah semua tu, kitorang memang selama ini mengamalkan semangat muhibah antara satu sama lain. Tak payah nak mengingatkan kita lagi bebenda cam tu.

Sebaiknya, duit tu guna buat iklan yang ada headline besar besar 'Most Wanted Racist' ataupun 'Al-Fatihah', yang ditujukan kepada ahli-ahli politaik yang selama ini dengan usaha sebesar komisyen kapal selam mereka itu ingin memecah-belahkan rakyat berbilang kaum negara ini.

Tak pun, duit tu gua cadang guna untuk hantar ahli-ahli politaik yang racist ini ke negara Russia...biar mereka duduk dengan bebudak skinhead Rusia yang sememangnya masyhur dengan ideologi racist mereka (teringat gua kat Papa Mohawk ke punk mana entah dulu-dulu belasah Bangla main suka bapak dia je)... gua nak tengok orang politaik punya semangat racist kuat ke, ataupun kasut but dan buku lima bebudak Skinhead Rusia ini kuat. RACIST, PIRAH MABUK!

Sekian. Majulah skinhead untuk negara (bukan Rusia, tapi skinhead S.H.A.R.P. ye). Dan untuk itu, mari kita sama dengarkan lagu ACAB 'Racial Hatred' ini yang telah menjadi tema geng geng gua sedekad lebih yang lalu, yang terdiri daripada budak melayu, cina dan india semasa kita lepak kat tepi lorong sekolah dan tontong beli rokok Dunhill tujuh hisap beramai-ramai....





Racial hatred everywhere
Lives are threatened and live in fear
Some people just don't care
See destruction and despair

Don't you know you're just the same
You're living in the same game
There's nothing to judge by the colour
And nothing to win by hating each other

So yellow brown black and white
Stop racial hatred and start to unite

Unite.

No comments: