Sep 4, 2010

Iklan Merdeka Lagi

Gua betul tak paham apa sebenarnya niat diorang ni memperhabihkan duit rakyat macam tu. Ni hah…gua tengah cerita 2 iklan di bawah ini yang tersiar kat The Setar masa hari merdeka yang lepas tu. Untuk pengetahuan manusia dan binatang sejagat, iklan sekeping macam nie, kalau siar sehari… harga standard ialah RM38,700*. Ya, gua ulang sekali lagi… ia ialah RM38,700*… untuk siaran SEKALI saja.



Ni nak tunjuk siapa, atau negeri mana lebih patriotik ke, nak tunjuk skil bodek siapa paling terrer? Nak nak iklan dari menteri negeri Sembilan tu siap ada gambor najib besor besor.

Bagi gua, duit RM38,700* untuk satu iklan tu, baik beli 2000 kampit beras yang ada muka jalaludin Hassan tu… dan edarkan kepada keluarga fakir miskin seluruh negara. Dapat juga pahala bertingkat-tingkat di bulan mulia ini. Tapi sebaliknya, korang guna duit tu siar iklan dalam The Setar. Kalau dah The Setar, siapa yang kaya, MCA juga yang kaya. Kalau MCA kaya, siapa lagi yang kaya, UMNO juga yang kaya. Kalau UMNO kaya, siapa lagi yang kaya, mereka dan keluarga mereka juga yang kaya. PIRAH MABUK!

ps: Iklan merdeka dari negeri-negeri lain ada tak tersiar dalam suratkhabar suratkhabar yang lain?

*mungkin mereka dapat special diskaun kot. Ataupun mungkin satu sen rakyat pun tidak terancam dalam iklan tu... pasal dapat free.

1 comment:

*cimOt* said...

ahaaaaa..just found blog yg sme pemikiran cm aq..aq sgt setuju ngn ko ni..keep writing