Sep 2, 2010

Tak Yah Bagi Muka

Petikan Harian Metro hari ini:

KUALA LUMPUR: “Jangan beri muka kepada mereka yang sengaja mencemar imej negara di mata media baru seperti dilakukan Wee Mee Chee (Namewee),” kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor, Safarizul Mustafa mendesak agar kerajaan terutama pihak berkuasa bersikap tegas dalam menyelesaikan hal ini. Katanya, pihak berkuasa tidak boleh terlalu berlembut dengan anasir yang mahu menggugat kestabilan hubungan kaum di negara ini. “Jika tidak diambil tindakan, mungkin akan ada lagi individu yang mahu mencabar kedaulatan negara dengan melakukan perkara tidak bertamadun ini. “Bukan sekali malah sudah dua kali dia melakukan perkara ini, jadi polis mempunyai alasan kukuh untuk mengambil tindakan ke atasnya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika membuat laporan polis berkenaan tindakan Namawee yang mengulangi perbuatan biadap menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman di Balai Polis Dang Wangi, di sini, semalam. Namewee sebelum ini mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip videonya berjudul Negarakuku. Safarizul berkata, tindakan Namewee itu ternyata menyentuh isu perkauman dan berniat jahat serta mampu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Menurutnya, masih banyak saluran lain yang boleh digunakan bagi menyatakan pendapat dan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Katanya, Namewee ternyata tidak pernah insaf dengan apa yang berlaku ke atasnya dan masih mahu mencabar pihak berkuasa jadi pihak berkenaan perlu mengambil tindakan dan menyiasat perkara ini mengikut akta yang sesuai........
_____________________________________________________________________________________
Bulu ketiak gua teransang seketika apabila malaun ini kata polis tidak boleh membiarkan perkara-perkara seperti yang dilakukan oleh si buntal Namewee kerana ia akan menjejaskan imej dan ketenteraman negara.

PIRAH MABUK!!!! Habis apsal racist terunggul nusantara, ibRAHIM Perkasa tu.... tak diambil tindakan sehingga kini? Nak cakap memburukkan imej negara, siapa berani merebut Takhta ini daripada peguam sensasi Razak Musa tu ...yang betul betul DROP WATERFACE MALAYSIA BIG TIME punya. Tidak lupa juga rapper terkemuka dari BN....zainudinmaidin yang cakap inggeris tergagap-gagap dan berterabur di siaran Al-Jazeera dulu-dulu tu. Malu beb.... Kucing kurap jiran gua bela pun berniat nak hijrah ke Batam lepas tengok persembahan mereka di video.

PIRAH MABUK!

No comments: