Sep 9, 2010

Dah Raya Dah Pun ...

Aduh...akhirnya puasa pun sudah berakhir. Sesungguhnya, ada baiknya juga puasa ini dah berakhir...kerana orang orang yang tak puasa pun bolehlah berhenti berdosa kerana tak melaksana rukun islam ke-3 ni. Kakaka. Bukannya apa, antara acara rasmi semasa bulan ramadan ini ialah bebudak melayu beratur panjang di depan kedai nasi kandar dekat Stadium Shah Alam ini. Peh...line dia.... lebih panjang dari kapal selam scorpene kitorang tu. Dengan baju seragam kerja dan spek mata hitam menyelubungi bijik mata rakus mereka..... mereka beratur dengan megah menunggu giliran untuk mengorder lauk yang diorang nak tapau (lauk standard ialah ayam goreng dan acarlah).

Gua tak tau apasal...rasa-rasa tahun ni makin ramai yang tak puasa. Mungkinkah gua ini yang terlampau peka dengan orang orang sekitar, atau memang pun bebudak sekarang yang lebih liberal dan berani tak puasa....

Cerita punyalah cerita...teringat gua sebulan sebelum puasa bermula. Masa tu kat tempat kerja, kitorang telah disampaikan notis daripada salah satu rangkaian stesen radio tempatan. Notis itu berupa peraturan-peraturan yang perlu kitorang patuhi semasa menulis atau menghasilkan iklan-iklan radio semasa bulan Ramadan. Satu peraturan yang menyengat liang roma kepala otak aku ialah mengenai sound effect yang kita gunakan dalam iklan radio. Hmm....ya, tak lain tak bukan.... notis itu mengingatkan kita untuk mengurangkan efek-efek bunyi orang makan, minum dan yang sewaktu dengannya agar tidak mengugatkan fokus orang berpuasa.

Sebenarnya, ini kali pertama gua diturunkan perintah notis sebegini selama dekat sedekad gua bekerja. Masih ingat lagi gua kat iklan KFC yang lepas lepas lagi....HAH... bunyi 'Kruh Kruh Kruh' orang bedal ayam dia bukan main lagi!

Tapi, apa nak jadi dengan Malaysia ini? Bukankah ibadah puasa ini untuk menguji kesabaran umat-umat islam? Takat efek efek macam nie....gua rasa memang tak patut dijadikan alasan untuk mereka batal puasa. Gua rasa kan.... kerajaan kita ni sebenarnya nak mnewujudkan satu persekitaran yang KALIS COBAAN. Maksudnya...tidak ada sebarang gangguan berpuasa langsung untuk mereka yang berpuasa. IDIOT-PROOF. Dari pandangan gua, ini sudah lari dari erti puasa sebenar.

Tapi kalau dah hakikatnya begini, ada baiknya kerajaan memaksimakan persekitaran berpuasa yang IDIOT-PROOF ini, dengan mengadakan kempen kempen pelancongan di semua negara-negara islam sedunia. Serulah mereka mereka itu datang melancong di negara kitorang masa bulan ramadan. Bukan saja mereka dapat menghayati keindahan negara berbilang kaum dan budaya kitorang, tapi yang pentingnya persekitaran ini telah diubahsuai dan dikongkong agar musliman dan muslimin dapat berpuasa dengan tenangnya. Dan yang paling caya untuk pelancong semua, Malaysia tak macam Indonesia.... tempat tempat clubbing kitorang masih beroperasi semasa bulan Ramadan. Bolehlah mereka berkunjung ke sana selepas penat melaksanakan ibadah puasa mereka......

No comments: